Page 130 - MODUL SEJARAH KERTAS 2 ZAMRUD
P. 130

SOALAN 11 (c)
            Berikut adalah langkah kerajaan untuk menghadapi globalisasi.

                         •  Mempromosi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
                         •  Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)


            Bagaimanakah langkah-langkah tersebut boleh memberikan manfaat kepada negara dalam era globalisasi?
                                                                                                                                                              [8 markah]

            Langkah-langkah tersebut boleh memberikan manfaat kepada negara dalam era globalisasi melalui aspek perpaduan.
            Hal ini kerana melalui perpaduan masyarakat akan sentiasa mengamalkan  sikap tolong-menolong antara satu sama lain.
            Seterusnya,  wujud  hubungan  silaturahim  yang  istimewa  antara  sesama  masyarakat.  Selain  itu,  lahir  sikap  hormat-
            menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama. Tambahan pula, konsep  masyarakat
            penyayang  akan  terbentuk.  Dengan  itu,  negara  menjadi  stabil.  Keadaan  ini  akan  membolehkan  rakyat  menikmati
            kesejahteraan dan kemakmuran hidup dalam sesebuah negara. Kesannya, pengagihan kekayaan dan pembangunan
            negara terjamin.

            Langkah-langkah  tersebut  boleh  memberikan  manfaat  kepada  negara  dalam  era  globalisasi  melalui  aspek  ilmu
            pengetahuan atau pendidikan. Hal ini kerana, melalui pendidikan akan mewujudkan rakyat yang mahir dalam pelbagai
            bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, kecekapan rakyat dapat ditingkatkan. Selain itu, lahir rakyat yang kreatif dan
            inovatif ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, rakyat berusaha mencipta sesuatu produk baru untuk
            kemudahan atau keselesaan hidup. Dengan itu, imej negara semakin meningkat. Keadaan ini akan membolehkan daya
            saing negara di persada dunia semakin kukuh. Kesannya, ekonomi negara berkembang dengan efisien.





























                                                           127
   125   126   127   128   129   130   131   132