Page 112 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 112

2.4     Ujian Nisbah (Ratio Test / Menentukan kadaran sesebuah CT)


                                                                                                        112
            Kebanyakan alatubah arus mempunyai satu nisbah, contohnya 600/5A, 1000/5A, 1600/5A dan
            sebagainya.

            Sama ada alatubah arus tersebut boleh memberikan kadaran arus dengan tepat berbanding dengan arus
            pada palang bas boleh diketahui dengan membuat ujian nisbah. Jika alatubah arus itu berkadaran
            500/5A ia akan memberikan arus secondary sebanyak 3A jika arus pada palang bas adalah sebanyak
            300A. Begitulah juga pada nilai arus yang lain nisbah tersebut hendaklah sentiasa betul.


            Bermula dengan nilai arus yang rendah hinggalah kepada arus maksima ujian ini dapat menentukan
            nisbah tadi betul atau sebaliknya. Jika arus palang bas terlalu tinggi alatubah arus akan menjadi tepu
            (saturated) iaitu tidak akan menghasilkan arus secondary yang lebih tinggi.


            Ujian nisbah hanya boleh dilakukan dengan membuat ujian suntikan utama (primary injection).


                                                                    P1


                                                                                A
                                                                      S1
                                      LOADING                C.T
                CONTROL UNIT                                                          V
                                        UNIT
                                                                        S
                                                                      2
                         PRIMARY INJECTION
                              TEST SET                              P2



                                                             A








            2.5     Ujian Kemagnetan (Magnetising Test / Menentukan titik tepu sesebuah CT dan
            membezakannya diantara CT pengukuran dengan CT perlindungan)


            Ujian ini adalah untuk mencari knee point iaitu peringkat dimana pertambahan 10% voltan ujaan akan
            menghasilkan 50% arus ujaan iaitu peringkat dimana ianya tidak lagi linear dan mencapai tahap tepu.

            Merujuk kepada rajah ujian kemagnetan, arus ujaan dialirkan kedalam alatubah arus dan voltan yang
            terhasil diantara terminal S1 dan S2 diukur. Arus ujaan yang bermula dari kosong dinaikkan perlahan-
            lahan sehingga ke nilai 5A atau lebih sedikit. Jika bacaan voltan tidak lagi bertambah selaras dengan
            pertambahan arus maka ini menunjukkan tahap tepu telah dicapai.


            Nilai ketepuan alatubah arus perlindungan lebih tinggi dari nilai ketepuan alatubah arus pengukuran.
   107   108   109   110   111   112   113