Page 109 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 109

Alatubah Perlindungan




                                           Current Error at rated   Accuracy Limit Factor (ALF) /
                         Klas               primary current (%)           Composite Error (%)
                                              (Ralat terkadar)              (Ralat komposit)            109

                                                    +/– 1                         +/– 5
                          5P
                                                    +/– 3                         +/– 10
                          10P

            Klas alatubah arus untuk jenis pengukuran ialah 0.1, 0.2, 0.5, 1.0, 2.0 dan 5. Klas 0.1 adalah yang
            paling tinggi ketepatannya dan harganya mahal. Klas 5 adalah yang paling kurang ketepatannya,
            selalunya untuk bacaan anggaraan sahaja.

                                                  Alatubah Pengukuran

                         Klas                                 Penggunaan
                     Baik dari 0.1    Sebagai pengubah piawai untuk menguji pengubah lain
                          0.1         Ujian ketepatan / kejituan
                      0.1 atau 0.2    Pemeteran jitu mengikut BS 87
                          0.2         Bekalan pukal
                          0.5         Tariff meter biasa / am
                          1.0         Pengukuran bukan hasil, termasuk kuasa dan tenaga
                          2.0         Pengukuran biasa
                          5.0         Pengukuran anggaran



                      Alatubah Permeteran                        Alatubah Perlindungan






















            Alatubah Klas X

            Alatubah klas X pula adalah untuk kegunaan khas dimana ciri-cirinya hendaklah ditentukan supaya
            sesuai dengan keperluan tertentu seperti kadaran arus primary, nisbah, knee point emf dan exciting
            current pada knee point emf.

            Ketepatan sesebuah alatubah arus adalah bergantung kepada kehilangan teras feromagnetik
            (ferromagnetic core losses) iaitu kehilangan hysterisis dan eddy current.

            Jika alatubah arus telah mencapai peringkat tepu (saturation point) ia tidak akan mengeluarkan voltan
            yang lebih walaupun arus primarynya bertambah.
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113