Page 13 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 13

PERALATAN / KOMPONEN UMUM DAN ALAT YANG TERDAPAT PADA PSU
             KABEL BEKALAN MASUK DAN KELUAR

             Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada ditingkat bawah, tempat
             dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk melalui parit kabel (cable trench) dan
             ditamatkan menggunakan kotak kabel (cable box) atau cable gland. Hujung kabel dipasang telinga
                                                                                                        13
             kabel (cable lug), melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skrew dan nut
             kepada pemutus litar.


             Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui pemutus litar. Saiznya selalunya lebih kecil dari
             kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau melalui trunking atau dulang kabel (cable tray),
             bergantung kepada kemana kabel tersebut pergi, samada ke dalam bangunan atau keluar bangunan.


             Cable-box termination digunakan untuk penamatan kabel jenis PILCDSTAR dan bagi penggunaan
             kabel dari jenis PVC/SWA/PVC adalah menggunakan penamatan jenis cable-gland. Kabel-kabel
             tersebut biasanya diamalkan untuk pemasangan kabel bawah tanah.


             Kabel yang biasa digunakan di dalam pepasangan PSU ialah dari jenis yang berikut:-

             a.   PVC.
             b.   PVC/PVC.
             c.   PVC/SWA/PVC.
             d.   PILCDSTAR.


             PENGASING (Isolator)

             Pengasing (Isolator) digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja. Ianya tidak digunakan untuk
             mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan daripada suis dimana ianya dikehendaki di ‘
             OFF ’ apabila litar berkenaan tidak membawa arus. Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh
             dipulihkan sekiranya suis kawalan di ‘ ON ’ yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya pada ketika
             itu pengendali tidak menyangka bahawa litar–litar kawalan dihidupkan semula atau pun pada ketika itu
             pengendali sedang melakukan kerja-kerja penyenggaraan mekanikal sedang dijalankan.





                                                      Isolator yang terdapat di MSB
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18