Page 53 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 53

TRIP CONTACT                             53
                                       TIM E MULTIPL IER                                TRIP
                                                                                        ALARM

                                                                                      TRIP COIL
                            HELICAL
                            SPR ING




                       MOVING CONTACT

                                                 FIX ED CONTACT
                           SPIN DLE
                                                                     PLUG BRIDGE
                         DAMPER
                         MAGNET
                                                                                       C.T
                                       DISC
                                                 OPERATING
                                                  MAGNET
                                              LITAR IDMT RELAY



             Induction disc akan membawa bersama-samanya moving contact. Moving contact akan bersentuh
             dengan fixed contact untuk menutup trip contact. Kedudukan jauh atau dekat moving contact dengan
             fixed contact adalah bergantung kepada setting pada TMS. TMS mempunyai kedudukan dari 0
             hinggalah 1.

             Jika TMS berada pada kedudukan 1, ini bermakna moving contact berada pada kedudukan paling jauh
             dengan fixed contact, oleh itu masa pergerakan (traveling time) yang diperlukan untuk trip contact
             menutup adalah paling lama.

             Jika TMS berada pada kedudukan 0.1, ini bermakna moving contact berada pada kedudukan paling
             hampir dengan fixed contact, oleh itu masa yang diperlukan untuk trip contact menutup adalah paling
             pendek. Oleh itu pengiraan perlu dibuat untuk menentukan kedudukan setting untuk TMS.

             Pergerakan induction disc adalah dikawal oleh helical control spring yang dipasang pada hujung
             bahagian atas induction disc spindle.

             Salah satu ciri-ciri geganti ini ialah pada 20 kali ganda plug setting dan lebih geganti akan beroperasi
             pada definite minimum time 2.2 saat pada TMS bersamaan 1. Jika TMS di tatah pada 0.1 maka
             definite minimum time dikurangkan kepada 0.22 saat, iaitu satu persepuluh dari nilai nominal.


             Operating electromagnet winding pada magnet utama mempunyai tapping yang disambung kepada
             Plug setting multiplier/bridge (PSM). Tapping-tapping ditandakan sebagai peratus atau arus operasi
             (operating current).
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58