Page 52 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 52
Geganti Lewat Masa IDMT (Inverse Definite Minimum Time)
52
Geganti jenis IDMT ini pula digunakan apabila nilai arus beban lebih boleh dibenarkan berlaku
untuk beberapa ketika. Jika keadaan tersebut berlaku untuk jangkamasa yang pendek dan bersifat
sementara dan tidak memudaratkan pemasangan, maka tidak perlulah pemutus litar terpelantik.
Contohnya arus permulaan untuk motor adalah tinggi, tetapi ia tidak memudaratkan pemasangan,
oleh itu tidak perlulah pemutus litar memutuskan bekalan.
Jangka masa beban lebih yang dibenarkan berlaku boleh jadi beberapa saat atau beberapa minit. Ia
bergantung kepada magnitude beban lebih tersebut. Lebih tinggi beban lebih tersebut maka
semakin cepatlah geganti akan bertindak, begitulah sebaliknya. Ciri masa ini juga penting untuk
mengujudkan diskriminasi dalam pemasangan.
Geganti jenis ini ada yang menggunakan prinsip haba, seperti thermal overload relay, dan ada yang
menggunakan prinsip electromagnetic. Jenis electromagnetic perlukan alat tambahan iaitu induction
disc untuk melewatkan trip contact menutup (closing). Terdapat juga geganti yang boleh
memberikan kedua-dua ciri tersebut.
Relay pick-up time / creep time selalunya melebihi 105% dari arus tatahan tetapi hendaklah tidak
melebihi 130%.
Jenis-jenis geganti IDMT:
a. Long time delay standby (GDG12)
b. Inverse time O/C & E/F (CDG 11)
c. Very Inverse GDG 13
d. Definite Minimum Time
e. Inverse Definite Minimum Time (IDMT)
Bahagian-Bahagian Geganti IDMT jenis Induction Disc Relay.
Time multiplier (TMS) Spindle
Die cast frame Operating electromagnet
Moving contact Mechanical operation indicator (trip indicator flag)
Helical control spring Fixed contact
Damping magnet Safety switch / trip switch
Plug setting bridge Automatic c.t terminal short switch
Disc Reset push knob

