Page 10 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 JATISS
P. 10

1.5  Dr. Ibrahim bin Mohamed memberitahu tentang isu murid datang ke sekolah tanpa menjamah
                   makanan.  Beliau  juga  turut  menyatakan  bahawa  terdapat  isu  murid  yang  lapar  semasa

                   peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung. Oleh itu, satu tabung khas telah
                   dibuka untuk menampung keperluan murid yang kurang berkemampuan.


               1.6  Encik Hishamudin bin Abd Majid menyatakan bahawa beliau bersama-sama pekerjanya telah
                   datang ke sekolah untuk membaiki dan menukar pintu-pintu tandas yang rosak.


               1.7  Dr. Ibrahim bin Mohamed mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan
                   sumbangan untuk menjayakan semua program dan aktiviti di samping membuat kebajikan

                   kepada anak-anak SMK Jalan Tiga.
                                                                                       Tindakan : Makluman


            2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-24
               2.1  Setiausaha Kehormat PIBG, Puan Hasliza binti Hasan Basri membentangkan Minit Mesyuarat
                   Agung kali ke-24. Beliau meminta ahli mesyuarat merujuk buku program muka surat 7 hingga

                   13.


               2.2  Encik Hishamudin bin Abd Majid menyatakan bahawa dalam mesyuarat akhir PIBG telah pun
                   dibentangkan  berkenaan  pengurangan cetakan buku  program  PIBG.  Buku  Program  PIBG
                   akan dibuat dalam bentuk digital (PDF) dan dimasukkan ke dalam Telegram sekolah sebagai

                   rujukan ibu bapa.

               2.3  Puan Manisah binti Saedon memberitahu kesalahan ejaan namanya pada muka surat 29 dan

                   kesalahan ejaan nama bapanya pada muka surat 31. Beliau juga memberi pandangan tentang
                   konsep  penggunaan  bunga  kerrawang  yang  terdapat  dalam  buku  program  PIBG  telah
                   menutup beberapa maklumat penting. Sebagai contoh, maklumat penting tentang bayaran

                   kokurikulum pasukan kadet polis sebanyak RM 70.00. Dr. Ibrahim bin Mohamed menjelaskan
                   bahawa ibu bapa boleh membuka aplikasi QR Code untuk melihat buku program PIBG kerana

                   maklumat  dalam  aplikasi  tersebut  kelihatan  lebih  jelas.  Puan  Manisah  binti  Saedon  juga
                   mencadangkan agar buku program dicetak dalam bentuk lebih kecil iaitu 2 muka surat dalam
                   1 kertas A4. Puan Manisah binti Saedon turut bertanya tentang penggunaan perkataan ‘kami’

                   dalam frasa ayat yang digunakan oleh juruaudit pada muka surat 39. Hal ini demikian kerana
                   hanya  terdapat  satu  sahaja  tandatangan  juruaudit  iaitu  daripada  guru  sedangkan  PIBG

                   mempunyai seorang lagi juruaudit daripada kalangan ibu



                                                            9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15