Page 14 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 JATISS
P. 14

Ahli Jawatankuasa Guru      : Puan Noraini binti Attan
                                                  Puan Zaiton binti Hamid

                                                  Puan Maizatul Akmal binti Shafie
                                                  Puan Nabilah binti Mohd Arifin
                                                  Encik Mohd Faiz bin Md. Ali

                   Juruaudit                    : Puan Asma’ binti Yusoff
                                                  Puan Haryati  binti Sahban


            6.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2019/2020
               6.1  Dr. Ibrahim bin Mohamed mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah

                   memilih beliau sebagai Yang Dipertua PIBG SMK Jalan Tiga bagi sesi 2019/2020. Beliau
                   berharap  agar  semua  ibu  bapa  dapat  terus  menyokong  dan  membantu  pihak  sekolah
                   meningkatkan kecemerlangan anak-anak didik di sekolah ini. Beliau turut meminta ibu bapa

                   yang tidak mempunyai nama dalam telegram ibu bapa untuk menghubungi beliau di talian
                   019-2595191. Biro Komunikasi iaitu Puan Faroza binti Mohamed Sohor sanggup membantu
                   individu yang ingin mengendalikan telegram ibu bapa.

                                                                                       (Tindakan : Makluman)


            7.0 MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL 2019
             7.1  Dr. Ibrahim bin Mohamed memaklumkan usul pertama iaitu kenaikan sumbangan PIBG bagi
                   tahun 2019 iaitu daripada RM50.00 kepada RM70.00 dan RM80.00 bagi tahun 2020 telah

                   dipersetujui oleh ibu bapa.

             7.2  Dr. Ibrahim bin Mohamed memaklumkan usul kedua iaitu sumbangan RM20.00 untuk kelas

                   Tingkatan 1, 2 dan 4 untuk program Peningkatan Akademik. Encik Sofian memohon supaya
                   menunjukkan  keperluan  bayaran  sumbangan  tersebut.  Puan  Hasmah  binti  Shahar
                   menjelaskan  bahawa  jumlah  murid  di  SMK  Jalan  Tiga  hampir  mencecah  2,000  orang.

                   Pelbagai  program  telah  dijalankan  untuk  semua  pelajar  Tingkatan  1  hingga  Tingkatan  5
                   termasuk kelas tambahan. Kelas tambahan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Guru yang

                   mengajar  kelas  tambahan  ialah  guru  SMK  Jalan  Tiga  dan  tanpa  bayaran.  Walau
                   bagaimanapun, pihak sekolah perlu membeli kertas untuk mereso bahan kelas tambahan
                   Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun begitu,hanya murid Tingkatan 3 dan 5 sahaja yang

                   telah menyumbangkan RM50.00 untuk Program Peningkatan Prestasi. Ibu bapa boleh hadir
                   ke Majlis Sambutan Jubli Perak yang akan diadakan pada 23 Mac 2019 bertempat di SMK

                   Jalan Tiga untuk melihat aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid. Beliau menyatakan



                                                           13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19