Page 12 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 JATISS
P. 12

4.3  Haji Mustafa bin Dakian mencadangkan agar akaun baharu dibuat secara berasingan iaitu
                   akaun sumbangan PIBG dan akaun Pembangunan Fizikal Sekolah. Hal ini demikian kerana

                   sekiranya berlaku defisit, ibu bapa boleh memberikan sumbangan untuk menampung defisit
                   tersebut. Dr. Ibrahim bin Mohamed menyatakan bahawa tidak berlaku defisit dalam akaun
                   tersebut.


               4.4  Encik  Abdul  Raziz  bin  Md.  Dewa  bertanya  tentang  kutipan  sumbangan  sebanyak  RM

                   39,400.00 pada muka surat 36. Dr. Ibrahim bin Mohamed meminta supaya merujuk pada
                   muka  surat  38.  Beliau  juga  turut  menjelaskan  bahawa  ada  syarikat  telah  memberikan
                   sumbangan zakat dan PIBG telah menunaikan wang tersebut untuk dibayar kepada pihak

                   kantin.  Bayaran  wang  tersebut  adalah  untuk  makanan  yang  dibeli  oleh  murid  di  kantin
                   menggunakan kupon. Hal ini demikian kerana terdapat murid yang tidak makan sebelum hadir
                   ke sekolah. Oleh itu. murid-murid yang berkelayakan akan menerima kupon makanan. pihak

                   kantin akan menebus kupon tersebut secara tunai kepada PIBG.

               4.5  Encik Mustafa bin Dakian mencadangkan akaun PIBG diterima dengan pindaan dan disokong

                   oleh Tengku Muhd Azhar bin Tuan Zain.
                                                                                       Tindakan : Bendahari


            5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018 /2019 DAN PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019/2020
               5.1  Dr. Ibrahim bin Mohamed memohon maaf atas segala kekhilafannya sepanjang memegang

                   jawatan sebagai YDP PIBG dan membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019.

               5.2  Encik Mohamad Hanafiah bin Baharuddin telah dilantik menjadi pengerusi sementara.  Beliau

                   berharap  agar  jawatan  kuasa  yang  bakal    dipilih  boleh  memberikan  komitmen  kerana
                   minimum  kehadiran  dalam  mesyuarat  PIBG  yang  akan  diadakan  adalah  sebanyak  4  kali
                   setahun  sahaja.  Jawatankuasa  yang  tidak  hadir  2  kali  berturut-turut  boleh  digugurkan

                   daripada jawatan dan digantikan dengan jawatankuasa yang baharu agar mesyuarat dapat
                   dilaksanakan.


               5.3  Puan  Mazlina  binti  Mohd  Zaid  mencadangkan  agar  Dr.  Ibrahim  bin  Mohamed  dikekalkan
                   sebagai Yang Dipertua PIBG dan disokong oleh Puan Afidah binti Daud. Cadangan telah

                   ditutup oleh Puan Rasyilla binti Che Mohd Suldin.






                                                           11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17