Page 11 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 JATISS
P. 11
bapa. Dr. Ibrahim bin Mohamed menjelaskan bahawa mengikut amalan biasa, juruaudit hanya
mengaudit akaun yang besar sahaja. Sebelum ini tidak ada semakan untuk akaun
kecemerlangan. Puan Manisah binti Saedon meminta agar perkataan ‘kami’ ditukar kepada
perkataan ‘saya’. Puan Manisah mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-24 diterima
dan disokong oleh Puan Azlina binti Aziz.
Tindakan : Setiausaha
3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2018/2019
3.1 Puan Hasliza binti Hasan Basri meminta ibu bapa merujuk muka surat 14 hingga 17. Beliau
membentangkan laporan aktiviti PIBG pada muka surat 15. Encik Mohamad Azizi bin Hamzah
mencadangkan agar aktiviti PIBG 2018/2019 diterima dan disokong oleh Puan Mazlina binti
Muhd Zaid.
Tindakan : Makluman
4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN 2018/2019
4.1 Puan Husnisha binti Husain selaku Bendahari Kehormat telah membentangkan akaun
penerimaan dan pembayaran yang berakhir pada 31 Disember 2018. Ahli mesyuarat diminta
merujuk muka surat 34 hingga 37. Beliau membuat pembetulan pada muka surat 35 iaitu
jumlah penerimaan dan pembayaran adalah sama iaituRM 341,544.39. Pada tahun 2018,
wang sumbangan PIBG adalah sebanyak RM83,800.00. Pihak sekolah hanya mengutip
RM50.00 untuk sebuah keluarga. Berdasarkan carta pai pada muka surat 37, wang banyak
dibelanjakan untuk bidang kurikulum iaitu sebanyak 37%. Hal ini diikuti dengan Hal Ehwal
Murid sebanyak 21%,pembangunan fizikal 16%, Kokurikulum 15%, Pengurusan PIBG 7%,
KGS dan lain-lain 5%.Terdapat akaun tumpang iaitu duit sumbangan secara atas talian yang
telah dimasukkan ke dalam akaun PIBG. Antaranya ialah sumbangan untuk Toilethon, zakat
iaitu sumbangan secara persendirian dan juga syarikat lain. Guru tidak dibenarkan
menggunakan akaun persendirian. Beliau juga telah meminta persetujuan untuk mencairkan
akaun tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun pembangunan sekolah. Beliau
menjelaskan bahawa sumbangan yang diterima untuk Toilethon dan Roadrun telah
diasingkan.
4.2 Seorang bapa (tidak dimaklumkan nama) bertanya tentang penggunaan tanda ( * ) pada muka
surat 34 tetapi tidak menulis catatan nota kaki. Puan Husnisha binti Husain menjelaskan
bahawa berlaku kesilapan kerana beliau tidak menulis catatan nota kaki. Tanda tersebut
adalah makluman tentang bayaran balik jubah iaitu bayaran yang dipinjamkan kepada pihak
sekolah untuk bayaran jubah.
10

