Page 9 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 JATISS
P. 9

1.1.3  Tandas  ala  hotel  untuk murid-murid  perempuan  telah  siap  dibina. Tandas  tersebut
                          sangat bersih dan cantik. Ibu bapa boleh membuat lawatan ke tandas tersebut. Dr.
                          Ibrahim bin Mohamed turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah

                          memberikan  sumbangan  untuk  pembinaan  tandas  tersebut.  Pembinaan  tandas
                          tersebut adalah hasil sumbangan daripada ibu bapa dan bukannya daripada pihak

                          PIBG. Beliau juga menyatakan bahawa tandas murid lelaki juga akan dibina di tepi
                          padang yang berkonsepkan terbuka.


                   1.1.4  Gotong-royong  Perdana  juga  telah  dijalankan.  Kawasan  semak-samun  juga  telah
                          dibersihkan hasil kerjasama ibu bapa dan guru untuk memastikan kawasan tersebut
                          sentiasa bersih. Ada ibu bapa telah menghantar gambar yang menunjukkan bahawa

                          terdapat murid membuang sampah di kawasan lereng di belakang sekolah. Oleh itu,
                          tindakan perlu diambil untuk memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih.


               1.2  Dr. Ibrahim binti Mohamed meminta supaya sekiranya berlaku sebarang masalah, ibu bapa
                   boleh berbincang secara baik dengan pihak sekolah. Beliau juga menjelaskan bahawa disiplin

                   murid di sekolah ini masih terkawal.

               1.3  Dr. Ibrahim bin Mohamed turut menjelaskan penggunaan telefon bimbit atau komputer riba

                   berkamera yang telah menarik perhatian ‘scammer’ untuk membuat rakaman atau mengambil
                   gambar  tanpa  disedari  oleh  pemilik  telefon  bimbit  atau  komputer  riba  berkenaan.  Hasil
                   rakaman atau gambar yang diambil akan dijadikan sebagai alat untuk mengugut mangsa.

                   Oleh  itu,  pihak  Suruhanjaya  Komunikasi  dan  Multimedia  (SKMM)  boleh  membantu  pihak
                   sekolah dengan memberikan ceramah tentang bahayanya media sosial.


               1.4  Dr. Ibrahim bin Mohamed memaklumkan bahawa laluan untuk murid-murid juga telah siap
                   dibina.  Laluan  tersebut  adalah  hasil  sumbangan  peribadi  daripada  ibu  bapa.  Kerusi  yang

                   terdapat di Dewan Tun Sri Lanang merupakan sumbangan PIBG. Bumbung kantin pelajar
                   perempuan turut dibina supaya murid tidak panas. Kerusi dan meja akan ditambah manakala
                   lantai akan dibaiki Sistem siar raya juga telah dinaik taraf hasil sumbangan ibu bapa.








                                                            8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14