Page 14 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 14
010 Siri Novel Remaja Terkenal China
“Kehidupan ialah kehidupan, spesies ialah spesies.” Dia seakan-
akan berfalsafah, tetapi dia tidak kelihatan seperti ahli falsafah pun,
sebaliknya seperti seorang pelayan Inggeris yang sombong (atau pelayan
Perancis sebab aku harus biasa dengan orang Perancis). Dengan nada
yang kuat, dia menutup telefon bimbit dengan cepat lalu menggigit jari.
Rumah Gabriel terletak di hujung Jalan Stalingrad, tidak jauh
PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
dari kolam renang sebuah bangunan yang sama dengan bangunan
di sekeliling. Sekiranya aku tidak melihat nombor rumah, aku hampir
tersalah jalan setiap hari. Dia tidak ada motosikal, hanya ada sebuah
basikal jenis yang mempunyai brek pengembangan, tetapi dia hampir
tidak menunggangnya kerana bimbang basikalnya dicuri. Bentuk tubuhnya
sangat berbeza daripada aku, rendah, kurus, dan lemah. Rambutnya hitam
dan diikat seperti ekor kecil. Sikapnya juga berbeza daripada sikapku. Dia
seorang yang tidak berdisiplin, sementara aku sangat bertatatertib. Dia
seorang yang becok manakala aku seorang yang pendiam. Dia pemarah,
dan aku pula lebih bersifat rasional. Dia juga sering melanggar peraturan,
berbeza sama sekali dengan aku yang patuh kepada peraturan. Kami
…
saling melengkapi antara satu sama lain. Umpama sudut 90 darjah yang
berlainan sudut tetapi kedua-duanya menuju satu arah yang sama. Selain
itu, dia seorang yang pemarah tetapi aku sentiasa tenang. Dalam kotak
fikiranku, aku terfikir kadang-kadang mamanya terlalu tegas terhadapnya,
dan dia diperalatkan seperti boneka. Dia obses terhadap apa yang
dilakukannya termasuk menggigit kuku.
“Hidupan ialah hidupan, spesies ialah spesies”, ujar Gabriel.
“Si bodoh sama seperti kau,” sambungku lagi. “Selepas berabad-
abad lamanya, tetap bodoh juga.”
“Itu mutiara kata idola kaukah?” aku sambung bertanya pula.
Idolanya bernama Nara Smeducci, nama popularnya, Cascci.
Idolanya di laman video YouTube ialah seorang lelaki yang suka memakai
singlet tidak kira musim panas atau musim sejuk. Dengan mengikut
irama muzik, beliau menggunakan bahasa yang sukar untuk difahami dan
dianggap sebagai mutiara kata lalu menggembar-gemburkannya. Aku fikir
itu hanya omongan kosong tetapi tidak bagi Gabriel yang sangat memuja
Umur 14 Tahun_P1-204 10 10/13/20 12:32 PM

