Page 12 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 12

008  Siri Novel Remaja Terkenal China



              diseret jauh dariku. Kedengaran seperti ikan paus sedang bernyanyi dan
              bergema. Gema semula jadi ini sangat mengasyikkan. Pada musim panas,
              air kolam menyejukkan  manakala pada musim sejuk, seperti  pelukan
              hangat.
                   Aku  suka  berenang, sebab  berenang sama  seperti matematik,
              tepat, tertib dan jelas. Irama yang sama, kekerapan menghayun lengan
                    PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
              yang sama, masa untuk setiap pusingan adalah sama, dan setiap kali
              berenang  jumlah  perjalanan  juga  sama.  Biasanya,  aku  akan  berenang
              pergi dan balik sebanyak 70 kali, tidak lebih dan tidak kurang. Aku dengan
              jelas tahu bahawa perjalanan ketiga adalah  perjalanan keempat, dua
              puluh perjalanan adalah perjalanan dua puluh satu dan, perjalanan enam
              puluh  satu  adalah  perjalanan  enam  puluh  dua.  Berenang  memberi  aku
              ketenangan fikiran. Ketika berenang aku boleh berfikir dengan bebas.
                   Kadangkala, aku bertanya kepada diri sendiri, “Frank, apa yang
              harus engkau fikirkan hari ini?”. Walaupun aku mempunyai lebih banyak
              masa untuk berfikir tentang  perkara-perkara  yang aku suka, namun
              aku tidak akan memikirkannya ketika berenang, kecuali berfikir tentang
              bilangan setiap kali renangan.































         Umur 14 Tahun_P1-204   8                                    10/13/20   12:32 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16