Page 11 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 11
Pengembaraan pada Usia 14 Tahun 007
membazirkan masa pergi ke pusat membeli-belah, salun rambut, minum
kopi atau melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama kawannya, Wilma,
lebih baik mama menonton TV di rumah sahaja.
Kenapa tidak berada “di sini” lebih lama? Aku bertanya dalam hati.
Cuaca terlalu panas, tiada selera untuk makan. Aku hanya minum segelas
jus lalu kembali semula ke bilik lantas menyarung baju renang, berseluar
PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
pendek, berjaket, menyarung sandal, kemudian mengambil beg di bawah
katil lalu turun ke tingkat bawah.
Sebaik sahaja keluar dari pintu rumah, aku menjerit kepada rumah
yang sunyi itu. “Aku pergi dulu!”
Aku menunggang motosikal kecilku sehingga minyaknya hampir
kekeringan. Aku ke Jalan Solferino. Bunyi ekzos motosikalku kedengaran
seperti sesak nafas.
Bau asap ekzos menyelubungi udara. Bau asap memasak dari
restoran dan bau bawang putih bercampur sos tomato dengan daging,
ditambah dengan cuaca yang begitu panas menyesakkan, lagi dada untuk
aku bernafas.
Namaku Frank, Frank Rosmini, tetapi kawan-kawan memanggilku
2
Franz. Mungkin disebabkan aku ada iras-iras puak Jermanik semasa
empayar Rom. Mungkin juga Franz lebih sedap dan lembut didengar
berbanding Frank. Darah Jerman mengalir dalam diriku, berambut perang
muda (sebelah mamaku) dan pendek (sebab berenang), bertubuh tinggi
(seperti papa), berotot (juga sebab berenang). Semua ini membuatkan
aku kelihatan seperti orang utara.Tetapi itu tidak benar. Aku orang Emilia,
sama seperti papa dan mama.
Aku suka berenang. Tetapi, kebanyakan kawanku tidak suka
berenang. Mereka mengatakan sukan renang membosankan. Kepala
perlu diselamkan ke dalam air, berulang-ulang hingga akhir, dan tidak
boleh berbual-bual. Sebaliknya, aku pula suka berenang disebabkan itu.
Aku suka menyelamkan kepala ke dalam air kerana semua bunyi
akan hilang. Di bawah permukaan air bunyi seolah-olah jauh, lemah dan
2 Satu kumpulan daripada puak Jermanik pada zaman purba. Orang Jerman
juga dipanggil sebagai puak Jermanik pada masa kini.
Umur 14 Tahun_P1-204 7 10/13/20 12:32 PM

