Page 13 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 13
Pengembaraan pada Usia 14 Tahun 009
Hidupan Ialah Hidupan, Spesies Ialah Spesies
Ketika aku menyentuh tepi kolam renang untuk kali ke-70, melalui
gogal yang baharu dibeli, aku samar-samar melihat jarum pendek jam
PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
besar di dinding menunjuk ke arah sepuluh dan jarum panjang mendekati
dua belas. Maknanya, sudah hampir pukul 10. Aku pun keluar dari air,
menanggalkan gogal, lantas dunia kembali terang. Terlalu banyak klorin
di kolam renang ini akan mengganggu mata perenang, tetapi klorin
dapat menjaga kebersihan air kolam. Ini sama seperti dualisme di dalam
kehidupan. Aristide juga akan mengatakan ini ialah fragmentasi falsafah.
Di dalam bilik persalinan, aku memeriksa telefon bimbitku. Ada tiga
panggilan telefon dan empat pesanan khidmat ringkas atau mesej, dan
kesemuanya daripada Gabriel. Mungkin ada perkara penting yang ingin
disampaikannya atau mungkin juga tidak penting sama sekali.
Beginilah perangainya. Apabila hendak memberitahu aku sesuatu,
tidak kira penting atau tidak, dia akan mengatakannya sahaja. Apabila dia
membuat keputusan untuk melakukan sesuatu, sama ada penting atau
tidak, dia tetap akan melakukannya.
3
Mesej Gabriel berbunyi, “Kau hendak tumbuh insang ?”
Aku melihatnya di tempat meletak kenderaan. Dia duduk berjemur
di atas motosikal kecil, sedang menaip mesej sambil menggigit kuku. Dia
memakai kemeja fesyen timur tanpa kolar dan seluar yang agak besar
saiznya, sambil menyandang beg kulit kecil, menjadikan dirinya jauh
berbeza daripada dirinya. Dia kelihatan seperti seseorang yang berada di
pusat komuniti dan berjalan-jalan di Jalan Fioravanti.
Udara menggelegak seperti di padang pasir. Warna langit kelihatan
pucat seperti tembok putih yang kotor, tanpa secalit warna biru langit.
Aku berjalan lalu menegurnya. “Hai! Insang bukan ranting.”
3 Perumpamaan bagi Frank yang suka berenang. Namun Gabriel tertinggal
satu huruf, maka “insang” menjadi “ranting”. Dalam bahasa Itali, insang ialah
branchia (branchie ialah bentuk jamak), tetapi dalam mesej tertulis branche
(bentuk jamak bagi ranting pokok, branca).
Umur 14 Tahun_P1-204 9 10/13/20 12:32 PM

