Page 9 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 9

004  Siri Novel Remaja Terkenal China



              kedai muzik Natalino di Pintu Mascalela untuk minum air pudina berharga
                    1
              lima sen , tetapi orang lain dikenakan harga dua Euro. Di rumahku tentunya
              tiada apa-apa boleh dilakukan. Kadangkala, aku berasa perkara ini
              paling hebat pernah aku lakukan. Kami juga akan pergi ke universiti yang
              terletak di Jalan Zamboni untuk melihat apa yang sedang berlaku. Ada
              beberapa orang yang pelik di sana, sama tapi tidak serupa Gabriel. Aku
                    PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
              tidak tahu sama ada perkara ini baik atau tidak. Bagi papaku, semua itu
              bukanlah perkara yang berfaedah. Namun, apa yang boleh dilakukan pada
              musim panas di Bologna? Walaupun cuti sekolah sudah bermula kira-kira
              dua minggu lalu, perancangan percutian kami masih belum diputuskan
              lagi. Pada bulan Ogos nanti, papa dan mamaku akan menghantarku ke
              sekolah berasrama di Perancis untuk mempelajari bahasa Perancis. Kami
              ada kondominium mewah di tepi pantai Ygeo Marina. Kondominium itu
              berkunci sepanjang cuti semester  kecuali hari  Ahad.  Antara sebabnya
              ialah papaku tidak pernah mengambil cuti dan papa tidak suka akan laut.
              Sejak akhir-akhir ini, mama pula tidak berminat dengan apa yang kami
              lakukan dan ke mana kami pergi. Mama umpama ada harinya, iaitu hari
              “tertutup” dan “terbuka”.
                   Saat kaki  melangkah ke dapur, kelihatan  mama berada dalam
              keadaan “tertutup”. Jika ada suis di belakangnya, sudah pasti aku akan
              menekan suis itu agar mama dalam keadaan terbuka dan dalam keadaan
              baik. “Kamu mahu makan sarapan?” tanya mama ringkas.
                   Sama ada aku menjawab atau tidak pertanyaannya, mama tetap
              membalas dengan hambar.
                   “Baiklah, jika ada apa-apa panggil mama di sana.”
                   Suatu hari nanti, jika aku melakukan perkara melampaui batas, aku
              yakin bahawa mama tidak akan mengetahui apa yang aku lakukan.
                   “Di sana” yang dimaksudkan oleh mama ialah tempat dia menonton
              televisyen menjadi ruang tamu, bilik tidur atau dapurnya. Terdapat lelaki
              dan wanita berbual di TV dan iklan. Banyak perkara lain yang menarik
              minatnya.  Kadangkala,  TV merupakan  terapi bagi  mama.  Mama boleh
              menonton TV berjam-jam lamanya sehingga tertidur di depan TV. Daripada

              1 Mata wang yang digunakan dalam novel, iaitu Euro.                                                                   十四岁的旅行   007





         Umur 14 Tahun_P1-204   4                                    10/13/20   12:32 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14