Page 6 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 6
Pengembaraan pada Usia 14 Tahun 001
Musim Panas 2001 Pasir Hanyut
“Ayuh, kita pergi dari sini! Jika kita ditangkap, matilah kita digigitnya.”
“Franz, cepat lari!”
PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
“Dia sudah hampir dengan kita.”
“Anjing jenis apa itu?”
“Anjing Mario! Seekor anjing besar yang bengis!”
“Cepat, lari!”
“Lari ke tanah! Lari ke tanah!”
“Lompat, Franz! Lompat cepat, kalau tidak kau akan terjerumus ke
dalam pasir hanyut!”
“Aku tidak tahu boleh atau tidak…”
“Ayuh! Jika tidak aku akan tinggalkan kau di sini!”
“Franz! Gabriel! Kenapa kalian berlengah-lengah lagi?”
“Ya. Cepat, lompat!”
“Aku tidak tahu.”
“Anjing itu akan kejar kita! Kau faham atau tidak?”
“Aku takut.”
“Itulah kau, aku tidak mahu kau digigit anjing itu!”
“Gabriel! Gabriel! Tunggu… Gabriel! Baik, aku lompat…. Aku sudah
tenggelam! Gabriel, aku sudah tenggelam! Aku telah terjerumus ke bawah,
Gabrel! Gabriel!”
“Cepat, tarik tangan aku!”
“Gabriel!”
“Aku tidak akan tinggalkan kau di sini….”
Aku masih ingat lagi, beberapa tahun duhulu, Gabriel Spiga ialah
sahabat baikku yang menyandarkan bahu kecil dan lemah padaku dengan
angkuhnya. Meskipun dalam bahaya, dia tetap menghulurkan tangannya
sambil berkata dengan tenang kepadaku, “Aku tidak akan tinggalkan kau
di sini”. Aku tidak akan tinggalkan kau di sini.”
Itulah permulaan persahabatan sejati kami.
Umur 14 Tahun_P1-204 1 10/13/20 12:32 PM

