Page 7 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 7

002  Siri Novel Remaja Terkenal China




              Musim Panas 2009  Berenang




                   Bologna ialah tanah rendah berudara panas, lembap, dengan udara
              tidak bergerak. Tiada warna di langit dan tiada angin segar yang boleh
                    PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
              menyapu udara panas yang menyesakkan nafas manusia. Aku tidak tahu
              mengapa semua ini terjadi. Mungkin tersepit di antara dataran Sungai Po
              dengan  pergunungan  Apennine  seperti dicekik  leher nafasnya  menjadi
              sesak. Bandar yang daif! Tetapi aku tidak peduli. Apabila cuaca terlalu
              panas, aku hanya berendam di dalam kolam renang dan bukannya laut,
              kerana Bologna jauh dari laut, atau aku mengambil skuter dan membawa
              Gabriel ke Cavani. Jika berada di atas lereng bukit bukannya akan berasa
              nyaman, tetapi berasa lebih sejuk sedikit. Sesetengah orang mengatakan
              bahawa  panas  dan  sejuk  hanyalah  masalah  psikologi.  Sama  seperti
              usia,    selagi tidak  memikirkannya  akan  hilang  dengan  sendiri.  Papaku
              beranggapan bahawa falsafah fragmentasi ialah salah satu kelemahan
              masyarakat  kita  kerana  tidak  berguna  dan  berlawanan.  Setiap  orang
              mempunyai otak, tetapi tidak bermakna semua orang menggunakan otak.
              Papaku, Aristide Rosmini, seorang yang bijak menilai masalah sama ada
              betul atau salah.
                   Pada pukul 8.00 pagi, aku terjaga daripada mimpi. Seluruh tubuhku
              basah kuyup seolah-olah terlalu lama aku menahan nafas di dalam air.
              Perasaan itu membuatkan aku berasa tidak selesa untuk masa yang lama.
              Aku tidak dapat memberi gambaran mimpi itu baik atau buruk kerana
              aku  langsung tidak  mengingatinya.  Hanya  mulutku  berasa kering dan
              jantungku berdegup kencang. Udara seolah-olah membeku dan berhenti.
              Aku  hampir  dapat  mengenali molekul  yang  membentuk udara  kerana
              udara  tidak  bergerak sama sekali.  Aku  bangun  lalu  melihat sekeliling,
              seolah-olah aku melihat untuk kali pertama. Aku lantas terfikir kalaulah
              aku tidak mempunyai tempat tinggal dan tertidur di atas katil orang lain
              kerana tidak mempunyai katil sendiri, kemudian tiba-tiba terjaga daripada
              tidur dan langsung tidak mengingat di mana diri ini berada. Seluruh bilik
              ini kelihatan rapi. Aku sangat kagum akan pemiliknya, iaitu aku. Benar,





         Umur 14 Tahun_P1-204   2                                    10/13/20   12:32 PM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12