Page 8 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN:NOVEL REMAJA TERKENAL CHINA
P. 8
Pengembaraan pada Usia 14 Tahun 003
aku suka akan kekemasan, setiap barang disusun dengan teratur. Dari
perspektif lain, aku seorang anak yang membanggakan ibu. Apabila kaki
menyentuh lantai, kedinginan lantai mula terasa.
Lambat-laun, gambaran kekeliruan disebabkan oleh perbuatan
berjalan semasa dalam keadaan tidur (somnambulisme) menyebabkan
ekspresi wajah gugup kembali seperti biasa. Degupan jantung menjadi
PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
perlahan, mulut juga basah. Sama ada baik atau buruk, mimpi itu sudah
berlalu di dalam dunia mimpi dan di hadapanku ialah realiti.
Dengan memakai seluar pendek, aku berdiri di tengah-tengah bilik.
Aku masih ingat, jendela ditutup separuh agar angin sejuk dapat masuk
ke dalam bilik. Namun, jendela telah terbuka luas seakan-akan mulut yang
ternganga dengan luasnya dan menghembuskan udara yang panas. Aku
melangkah dengan penuh keraguan lalu menutup jendela itu tanpa melihat
keadaan cuaca di luar. Musim panas di Bologna di mana-mana pun sama.
“Buka tingkap, biar udara masuk,” ujar papaku, Aristide Rosmini
dengan nada perintah seakan-akan hantu yang melalui beranda. Tetapi,
udara apa yang masuk? Getus hatiku dan benar-benar mahu bertanya
kepada papa.
Papa membutang lengan bajunya, mengetatkan tali lehernya,
kemudian memakai baju kot berkualiti tinggi dan berbutang tiga. Beliau
tidak berpeluh sama sekali. Bagaimana papa memakainya? Setiap orang
apabila dewasa, lalu bekerja dan mempunyai tanggungjawab sama seperti
papaku. Papaku seorang pengurus besar. Mereka ada sistem mengawal
perpeluhan. Mungkin, seperti kata mamaku, masalah hormon. Mamaku
beranggapan bahawa segala-galanya ialah masalah hormon.
“Lebih baik kamu melakukan sesuatu yang baik hari ini.” Aristide
mengucup dahi isterinya acuh tidak acuh sambil berpesan dengan nada
serius sebelum berjalan keluar dari rumah tanpa berpaling. Aku menjawab
di dalam hati bahawa aku hendak pergi berenang.
Berenang berulang-alik sebanyak lebih tujuh puluh kali di kolam
renang di Jiefang Road, kemudian pergi menjenguk Gabriel. Mungkin kami
akan pergi karaoke, bermain snuker di bawah menara berkembar, atau
berjalan-jalan di pusat bandar. Seterusnya, kami akan singgah di sebuah
Umur 14 Tahun_P1-204 3 10/13/20 12:32 PM

