Page 30 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 30

24.0  PENYELIAAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

                24.1  Pencerapan secara formal dan tidak formal akan dijalankan oleh Pengetua,semua penolong kanan,
                      semua Guru Kanan dan Ketua Panitia.

                24.2  Semakan hasil kerja murid oleh Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan Hal
                      Ehwal  Murid  /  Penolong  Kanan  Kokurikulum  /  Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  /  Ketua  Panitia
                      dijalankan 2 kali setahun dibuat secara terancang dan teratur.

                24.3  Perkembangan Staf / Kursus Dalaman / Perjumpaan Profesional / Mesyuarat Panitia dijalankan
                      untuk bimbingan dan berkongsi ilmu sepanjang tahun. Guru-guru digalakkan membuat lawatan ke
                      sekolah-sekolah lain untuk membuat benchmarking.

                25.0  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN
                25.1  Pengurusan dan Organisasi kelas.
                      25.1.1 Menjalankan pengurusan bilik darjah atau kelas seperti pemilihan ketua kelas dan
                                   jawatankuasa kelas, mengaturkan giliran bertugas, giliran menjaga kebersihan dan
                                      keceriaan, memastikan bekalan peralatan, perhiasan kelas serta kerusi meja berada
                                   dalam keadaan teratur.
                      25.1.2 Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi,
                                     berusaha dan memaparkan nilai-nilai murni serta kesedaran sivik yang tinggi.

                25.2  Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak dalam buku aduan kerosakan di pejabat.

                25.3  Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

                25.4  Menanda/ update APDM kehadiran murid sebelum 9.00 pagi setiap hari.

                25.5  Menguruskan penempatan murid - perpindahan murid masuk dan keluar

                25.6  Mengemaskini dan memastikan semua murid mempunyai dokumen asas yang diperlukan.

                25.7  Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Displin
                      25.7.1 Memberi galakan, motivasi, dan merangsang minat murid terhadap akademik
                      25.7.2 Sentiasa perihatin terhadap semua masalah murid dalam kelas
                      25.7.3 Membuat  laporan  kepada  GPK  Pentadbiran  dan  Kurikulum  jika
                            terdapat murid yang menghadapi masalah dalam akademik
                      25.7.4 Melaporkan kepada GPK HEM jika terdapat murid yang melanggar peraturan disiplin sekolah

                26.0  KEPIMPINAN

                26.1  Menjadi  guru  kelas  yang  fleksibel  dan  adaptif  supaya  dapat  mengubahsuai  mengikut  keperluan
                      semasa berdasarkan arahan pentadbiran.

                26.2  Memiliki kemahiran berkomunikasi dan berintegrasi dengan murid.

                26.3  Berinisiatif mengeluarkan idea-idea baru dan kreatif untuk kelas


















                                                              29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35