Page 27 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 27

12.0 SURAT MENYURAT

               12.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua.

               12.2 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan segera
                         terhadap surat-surat tersebut.

               12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan
                    guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
                    12.3.1  Mengambil surat yang berkenaan di pejabat jika surat itu tiada dalam simpanannya
                    12.3.2  Mengambil tindakan yang diperlukan

               13.0 MEMBELI BARANG DAN MEMBUAT TUNTUTAN

               13.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon melalui kebenaran Ketua Panitia dengan mengisi
                    Borang Nota Minta yang boleh diperoleh di pejabat.

               13.2 Borang mesti mendapat pengesahan daripada Guru Kanan Mata Pelajaran/ Penolong Kanan sebelum
                    diluluskan oleh Pengetua.

               13.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Sila rujuk kepada Pembantu Tadbir
                    (Kewangan). Pembelian cuma boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan Pengetua.

               13.4 Segala  invois  mesti  ditandatangani  oleh  guru  yang  menerima  dan  direkodkan  dalam  buku  stok  dan
                    inventori dengan kemas. Selepas menerima barang pesanan mesti terlebih dahulu ditunjukkan kepada
                    PT Kewangan .

               13.5 Invois mesti dikembalikan (dengan segera) kepada Pembantu Tadbir Kewangan untuk urusan bayaran.
                    Semua pembayaran mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

               13.6 Guru  tidak  dibenarkan  membuat  pembelian  menggunakan  wang  sendiri  atau  membuat  tuntutan
                    daripada sekolah selepas membayar dengan menggunakan wang tunai sendiri.

               13.7 Semua tuntutan dalam pengelolaan sesuatu aktiviti hendaklah dibuat dengan kadar segera
                           selepas aktiviti  tamat.

               13.8 Semua tuntutan perjalanan bulanan hendaklah diserahkan ke pejabat selewat-lewatnya pada 5hb
                    pada bulan berikutnya. Sebarang kelewatan tuntutan tidak akan dilayan oleh kerani kewangan
                    pejabat.

               13.9 Semua tuntutan hendaklah disediakan dengan
                    i)  Kertas kerja
                    ii)  Nota minta
                    iii)  Pesanan sekolah (LO)
                    iv) Invois
                    v)  Resit-resit
                    vi) Surat-menyurat
                    vii) Senarai nama murid (jika terlibat)
                    Kertas kerja dan nota minta mesti ditandatangani oleh Pengetua

               13.10  Sebarang pembelian mesti mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu.

               14.0 KEGIATAN KOKURIKULUM

               14.1 Semua guru ditugaskan sebagai penasihat kegiatan kokurikulum.

               14.2 Guru penasihat adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid semasa kegiatan kokurikulum.







                                                              26
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32