Page 26 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 26
8.0 BILIK GURU
8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah
keselamatan harta benda dalam bilik guru.
8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap
sebagai non- teaching period dan bukannya free period. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa
tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
sahaja.
8.3 Bilik Guru adalah kawasan larangan bagi murid, jurujual, ibu bapa dan lain-lain pelawat tidak rasmi.
8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang
sesuai dan tidak menganggu ketenteraman mana-mana pihak.
9.0 FAIL KEDATANGAN MURID
9.1 Fail Kedatangan Murid hendaklah diurus secara teratur, kemas dan lengkap. Guru tingkatan perlu tanda
kehadiran dalam APDM sebelum jam 9.00 pagi setiap hari. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir,
penyelaras tingkatan hendaklah menandakannya.
9.2 Fail Jadual Kedatangan Murid hendaklah sentiasa berada di pejabat.
9.3 Apabila murid tidak hadir selama 3 hari berturu-turut atau berselang-selang dalam seminggu,
guru tingkatan hendaklah menghubungi ibu bapa murid melalui telefon diikuti secara bertulis.
9.4 Analisis kehadiran murid mesti dicetak pada akhir bulan dan disemak oleh Penyelaras Tingkatan
sebelum disahkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
9.5 Guru tidak dibenarkan membawa balik Fail Jadual Kedatangan Murid.
9.6 Murid-murid tidak dibenarkan menguruskan Fail Kedatangan Murid bagi pihak guru.
10.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
10.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
10.2 Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan semua bilik khas seperti makmal,
bengkel dan lain – lain ada peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik tersebut.
10.3 Harta benda sekolah yang dipinjam oleh guru hendaklah direkod dalam Buku Pergerakan Harta Modal /
Daftar Pinjaman Alatan.
11.0 KEBERSIHAN
11.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan
rapi dan disimpan dengan selamat.
11.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab menjaga bilik tersebut.
11.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.
25

