Page 29 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 29

19.0  PENGGUNAAN ALATAN-ALATAN

                19.1  Penggunaan alatan-alatan mestilah betul dan mengikut peraturan.

                19.2  Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua Panitia/ Penyelaras / penjaga stor dan mengisi Buku Log
                      /Buku Rekod Penggunaan Alatan.

                19.3  Bertanggungjawab menggunakan alatan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
                      dalam keadaan baik.

                20.0  ARAHAN DAN PEKELILING

                20.1  Setiap arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi
                      serta ditandatangani selepas membaca.

                20.2  Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi, tugas guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas.

                20.3  Pekeliling daripada Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pendidikan hendaklah dikembalikan dengan
                      segera ke pejabat sekolah setelah diambil tindakan.

                21.0  KUNCI

                21.1   Semua kunci mestilah disimpan di pejabat.

                21.2   Kunci yang dibawa keluar hendaklah direkodkan dalam buku pinjaman kunci di pejabat.

                21.3  Guru  yang  hendak  menyimpan  kunci  bilik-bilik  tertentu,  mestilah  meminta  kebenaran  daripada
                      Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap kunci bilik tersebut sepenuhnya. Jangan sesekali
                      memberikan kunci kepada murid atau murid boleh akses kepada kunci tesebut dengan senang.

                22.0  KECERIAAN

                22.1  Pertandingan Kelas Terbersih akan dijalankan bagi membudayakan amalan menjaga kebersihan dan
                      keceriaan kelas. Guru tingkatan diminta melantik AJK Kebersihan Kelas masing-masing.

                22.2  Papan notis kelas perlu mengandungi:
                      22.2.1  Visi Misi KPM
                      22.2.2  Jadual Waktu
                      22.2.3  Jadual Giliran Bertugas
                      22.2.4  Carta Organisasi Kelas
                      22.2.5  Pelan kedudukan murid
                      22.2.6  Sudut-Sudut Mata Pelajaran
                      22.2.7  Pameran Hasil Kerja Murid (maksimum 2 minggu)

                22.3  Sikap mengutamakan kebersihan dan keceriaan perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan murid.

                22.4  Amalan  gotong-royong  perlu  dibudayakan  dalam  kalangan  warga  sekolah  untuk  mewujudkan
                      persekitaran sekolah dan bilik darjah yang bersih dan ceria.

                23.0  PERATURAN LETAK KERETA

                23.1  Guru-guru  tidak  dibenarkan  meletakkan  kenderaan  di  petak  letak  kereta  yang  dikhaskan  untuk
                      Pengetua  dan Penolong-Penolong Kanan.

                23.2  Guru-guru dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di petak letak kereta dengan tidak menghalang
                      laluan  kereta-kereta lain.

                23.3  Guru- guru tidak dibenarkan meletak kereta di Anjung hadapan sekolah.

                         0.



                                                              28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34