Page 25 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 25

5.0  PROTOKOL PAKAIAN

                5.1  Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.

                5.2  Pakaian yang berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru-guru wanita.
                          Guru wanita dibenarkan memakai 2-piece suit @ 3-piece suit.
                5.3  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai.

                5.4  Tanda Nama (Name tag) – Wajib dipakai setiap masa bekerja. Gunakan ukuran, bentuk dan warna
                    hitam  – putih seperti yang digunakan di semua jabatan kerajaan.

                5.5  Pakaian Harian – Pakaian Formal / Rasmi. Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 6/85 dan Bil 7/2001. Guru
                    lelaki diwajibkan memakai tali leher waktu perhimpunan rasmi dan majlis rasmi sekolah. Guru-guru
                    lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu pada setiap hari Jumaat. Pada hari Khamis pakaian rasmi
                    ialah pakaian Batik  Malaysia.

                5.6  Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

                5.7  Guru perempuan hendaklah memakai seluar trek panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju
                    trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

                5.8  Guru lelaki hendaklah memakai seluar pendek baju trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T,
                    kemeja sukan,  baju trek atau jersi, kasut tanpa tumit.

                5.9  Kebenaran khas diberikan kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran
                    Pendidikan  Jasmani  dan  Pendidikan  Kesihatan  (PJPK)  memakai  pakaian  PJPK  sepanjang  hari
                    berkenaan.

                6.0    REKOD MENGAJAR

                6.1  E-RPH  perlu  dihantar  online  setiap  hari  Jumaat.  Rancangan  Mingguan  dan  Rancangan  Harian  hari
                    pertama minggu berikutnya perlu lengkap.

                6.2  Format penulisan Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian hendaklah mematuhi garis panduan
                    yang dinyatakan pada Perkara 1.3 bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Kurikulum.

                6.3  Guru mestilah sentiasa bersedia dengan rekod mengajar guru setiap kali mengajar untuk rujukan diri
                    dan sekiranya ada penyelia yang datang.

                6.4  Sila pastikan markah semua ujian dan peperiksaan kelas-kelas yang diajar direkodkan pada ruangan
                    yang disediakan.

                6.5  E- RPH merupakan dokumen penting tentang rekod kerja guru-guru berhubung dengan pembelajaran
                    dan pemudahcaraan. Malah ia merupakan dokumen pernyataan Sasaran Kerja Tahunan bagi tujuan
                    penilaian prestasi sepanjang tahun.

                7.0  PERHUBUNGAN SESAMA GURU

                7.1  Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan
                    sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

                7.2  Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan
                    kepada guru lain, murid ataupun Anggota Kumpulan Pelaksana.

                7.3  Perhubungan  yang  berbentuk  kumpulan  yang  berdasarkan  kepada  kaum,  status,  sosial,  ekonomi,
                    kelulusan, dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud sekolah.





                                                              24
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30