Page 58 - BUKU PENGURUSAN SK PUSAT JERTEH 2021
P. 58
BUKU PENGURUSAN SEPUTEH 2021
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia sedar bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berkebolehan yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang
gemilang dan yang percaya kepada demokrasi. Kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan masyarakat dapat membentuk anak mudanya memahami kebudayaan mereka
memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mendapat
kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang tinggi.
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid dari hal-hal lain.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi sosial, keturunan atau agama.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
1.4 Membimbing atau mengajar seorang murid di dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
1.5 Menunjukkan satu cara berpakaian, peraturan dan tingkahlaku yang memberi contoh yang
baik kepada murid.
1.6 Memerlihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
2.1 Menghormati tanggungjawab ibubapa yang utama terhadap anak-anak mereka.
2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga.
2.3 Menganggap maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.4 Mengelakkan diri dari menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibubapa pelajar.
2.5 Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
2.6 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau jagaan mereka.
2.7 Menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar semasa di kawasan sekolah sentiasa berusaha
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan kerjasama ibubapa mereka.
SK PUSAT JERTEH Page | 58

