Page 63 - BUKU PENGURUSAN SK PUSAT JERTEH 2021
P. 63

BUKU PENGURUSAN SEPUTEH  2021

6. Laporan pemeriksaan hendaklah ditulis pada tiap-tiap hari persekolahan kedua-dua sesi.
     Laporan hendaklah jelas, tepat dan lengkap dengan menyatakan masa, tempat, jenis dan
     sebagainya.

7. Guru bertugas perlu merujuk kepada laporan dalam LAPORAN HARIAN apabila membuat
     laporan atau pengumuman di perhimpunan atau apa-apa tindakan yang berkaitan dengan
     tugasnya.

8. Guru bertugas bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan yang perlu seperti
     mengarahkan murid mengutip sampah, mencuci kelas, memeriksa kebersihan kelas,
     memeriksa kebersihan diri murid dan lain-lain yang difikirkan perlu.

9. Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid, bertindak apabila berlaku sesuatu
     kemalangan atau kecemasan yang berlaku di sekolah pada hari tersebut.

10. Menentukan perjalanan jadual waktu sekolah berjalan dengan lancar dan loceng sekolah
     berbunyi pada waktu yang betul.

11. Membantu / melaporkan kepada guru penyelia jadual waktu guru ganti jika ada guru yang
     tidak hadir bertugas pada hari tersebut.

12. Guru bertugas memastikan murid berbaris sebelum masuk ke kelas dan berbaris sebelum
     pulang.

13. Guru bertugas bertanggungjawab menghubungi ibubaba jika ada murid yang sakit.
14. Guru bertugas hendaklah membantu pengawas-pengawas bersiap sedia untuk perhimpunan

     mingguan lengkap dengan pembesar suara, bendera-bendera dan lain-lain keperluan.

B (6) KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH

1. Guru-guru dan AKP tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada masa bertugas tanpa
     tujuan yang benar-benar penting.

2. Guru dan AKP yang keluar dari kawasan sekolah dikehendaki mendapat kebenaran terlebih
     dahulu dari Guru Besar dengan mengisi borang KEBENARAN KELUAR SEKOLAH
     menandatangani buku KELUAR SEKOLAH yang boleh didapati di kaunter pejabat sekolah.

3. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang
     berlaku semasa mereka berada di luar sekolah jika tanpa kebenaran

4. Guru-guru tidak digalakkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rasmi kerja.

                                                            63 | P a g e
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68