Page 59 - BUKU PENGURUSAN SK PUSAT JERTEH 2021
P. 59
BUKU PENGURUSAN SEPUTEH 2021
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat dan negara atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.
3.2 Memupuk di dalam diri setiap pelajar dan nilai membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, agama dan keturunan.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian di dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
3.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa institusi pendidikan
dengan masyarakat.
3.5 Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
3.6 Bermuafakat dengan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan atau swasta untuk
meningkatkan mutu pendidikan di sekolah ke arah pendidikan bertaraf dunia.
4. TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
namabaik seseorang guru dihadapan murid atau ibubapa atau membuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru.
4.3 Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan menggalakkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4 Sentiasa mengawasi diri kami daripada mencemarkan nama baik dan imej profesion perguruan.
4.5 Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
4.6 Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa dan ambil inisiatif
untuk membaiki sesuatu keadaan atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat, adil, cekap
dan saksama.
5. TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
5.1 Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat
setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Seorang
pegawai tidak boleh :-
a) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
b) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan
nama perkhidmatan awam.
c) kurang cekap atau kurang berusaha
d) tidak jujur atau tidak amanah
e) tidak bertanggungjawab
f) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah dan
g) cuai dalam melaksanakan tugasnya
5.2 Seorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. Seorang pegawai dianggap sebagai telah
melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :-
I. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan
tugas-tugas mereka.
II. Cuba mewujudkan suasana yang tegang di pejabat (atau bilik guru) dengan melaga-
lagakan rakan-rakan sejawat untuk keperluan diri sendiri.
III. Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
IV. Tidak mempedulikan atau menjaga harta kerajaan sebagaimana yang
sepatutnyakerana harta tersebut bukan hartanya.
V. Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah.
SK PUSAT JERTEH Page | 59

