Page 61 - BUKU PENGURUSAN SK PUSAT JERTEH 2021
P. 61
BUKU PENGURUSAN SEPUTEH 2021
KEHADIRAN GURU DAN STAF
1. Guru-guru dan staf adalah diminta ‘Thumb Print’ waktu apabila sampai ke pejabat sekolah dan
sekali lagi sebelum pulang ke rumah.
2. Guru atau staf yang tidak ‘Thumb Print’ waktu dianggap sebagai tidak hadir bertugas.
3. Untuk kegiatan kokurikulum dan sebarang aktiviti sekolah, guru-guru diminta mencatat nama di
dalam buku kedatangan yang disediakan.
B(1) CUTI : Perintah AM Bab „C‟
1. Cuti bukan satu hak tetapi merupakan satu keistimewaan/kemudahan. Cuti Rehat Khas 10 hari
setahun.
2. Kuasa melulus cuti adalah Ketua Jabatan atau kuasa-kuasa lain yang ditentukan.
B(2) SIJIL SAKIT
1. Jika seseorang guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau kerana sebab-sebab
kesihatan, guru berkenaan hendaklah memberitahu Guru Besar/Penolong Kanan
Pentadbiran/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan KO dan Ketua Pembantu Tadbir/Pegawai
Eksekutif sebelum sekolah bermula atau selewat-lewatnya sebelum waktu pertama belajar pada
hari tersebut.
2. Sijil sakit yang dikemukakan hendaklah mengikut PERINTAH AM BAB C para 15.
“Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu bila
seseorang pegawai itu disahkan oleh seorang pegawai perubatan atau oleh sebuah
Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk
menjalankan tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang
diterima seperti dalam Perintah Am (xi). Ketua Jabatan boleh menerima mengikut budi
bicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seorang doktor swasta tanpa
sokongan seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti tidak melebihi
DUA hari yang berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang diberi Ketua Jabatan atau
sijil-sijil demikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun”
2.1 Sijil-sijil sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Guru Besar.
2.2 Semua perkara yang berkaitan dengan cuti sakit adalah tertakluk kepadaPERINTAH AM
BAB C Perkara (iii) Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan.
61 | P a g e

