Page 62 - BUKU PENGURUSAN SK PUSAT JERTEH 2021
P. 62

BUKU PENGURUSAN SEPUTEH  2021

B(3) CUTI REHAT KHAS ( CRK )

Jumlah cuti – 10 hari setahun. Kemudahan untuk diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja.

Tujuan :

3.1 Menziarahi ahli keluarga yang rapat yang sakit tenat / meninggal dunia (Ahli keluarga –
           suami / isteri / anak-anak). Keluarga rapat – ibubapa / adik beradik / mertua / datuk /
           nenek / isteri / suami).

           i. Perayaan Agama
           ii. Kecemasan (semasa banjir)
           iii. Tambahan cuti haji
           iv. Kursus suai kenal (Luar Kampus)
           v. Majlis konvokesyen bagi guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka
           vi. Temuduga kenaikan pangkat
           vii. Tujuan perkahwinan guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka

3.2 Cuti isteri bersalin untuk lelaki selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod, 5 kali sepanjang
           perkhidmatan.

B(4) TUGAS / KERJA GANTI

1. Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana
     sebab-sebab kesihatan.

2. Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat-
     mesyuarat/kursus bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan
     atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Selangor atau Kementerian Pelajaran
     Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling
     Perkhidmatan.

3. Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti
     adalah WAJIB dilaksanakan.

B(5) GURU BERTUGAS HARIAN

1. Beberapa orang guru Tahap (1) dan Tahap (2) akan ditugaskan mengawasi, memeriksa dan
     mengambil tindakan-tindakan yang perlu serta melaporkan pada setiap hari persekolahan.

2. Guru bertugas diminta berada di sekolah 15 minit sebelum sekolah bermula dan balik selepas
     semua murid selamat pulang.

3. Guru bertugas perlu menjalankan tugas tiap-tiap hari sekolah dan melaporkannya ke dalam
     BUKU LAPORAN HARIAN dan membawa buku tersebut kepada Guru Besar pada hari yang
     berikut, waktu pertama.

4. Ringkasan ucapan khas pada hari Perhimpunan Mingguan hendaklah dicatatkan dalam buku
     Laporan Perhimpunan dan dihantar kepada Guru Besar pada hari pertama minggu
     berikutnya.

                                                       62 | P a g e
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67