Page 32 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 32
2. Cadangan aktiviti bagi tajuk melakukan wuduk adalah seperti berikut:
(i) Mengenal pasti anggota wuduk
Anggota wuduk boleh diperkenalkan melalui pelbagai cara. GPI
boleh menunjukkan video mengambil wuduk dan seterusnya
membuat praktikal berwuduk di tempat yang sesuai.
(ii) GPI juga boleh menggunakan puisi anggota wuduk dan membuat
pergerakan berwuduk bagi menarik minat murid untuk mengenal
pasti anggota wuduk.
Tajuk: Mari Berwuduk
Mari berwuduk
Mari berwuduk
Kita gunakan air mutlak
Mari ingat anggota wuduk
Supaya jangan kita tersilap
Mula-mula membasuh muka
Diikuti dengan kedua tangan hingga ke siku
Sapu juga sedikit bahagian kepala
Akhir sekali
Basuhlah kaki kanan dan kiri
Basuh sampai ke buku lali
Mari kita ingat selalu
Semasa berwuduk jimatkan air
Supaya kita tidak membazir
(iii) Had anggota wuduk
Murid diminta menunjukkan had anggota wuduk.
19

