Page 35 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 35

Aktiviti 2: Mari Dengar Cerita Peristiwa Tentera Bergajah
                       Strategi : Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan

                       1.     GPI menyediakan replika kaabah (kotak terpakai), model burung dan

                              batu kecil.







                       2.     GPI bercerita tentang peristiwa tentera bergajah kepada murid dengan

                              bahan bantu mengajar yang telah disediakan.

                       3.     Murid dilibatkan semasa sesi bercerita dengan menggunakan bahan
                              bantu mengajar.

                       4.     Murid menceritakan semula kisah peristiwa tentera bergajah yang telah
                              didengar.

                       5.     GPI bersoal jawab dengan murid tentang kebesaran Allah yang telah
                              melindungi kaabah sebagai tempat yang suci.


                       3.3.5   Akhlak

                       Aktiviti 1: Mari Amalkan Adab Makan dan Minum
                       Strategi:  Pembelajaran kontekstual

                      1.    GPI menunjukkan gambar sebuah keluarga yang sedang makan di meja

                            makan. GPI bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut dan

                            mengaitkannya  dengan  adab  makan  berdasarkan  pengetahuan  sedia

                            ada murid.













                      2.    GPI membimbing murid dengan menyatakan adab makan dan minum

                            berdasarkan cara hidup Islam.


                                                           22
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40