Page 36 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 36

3.    Sewaktu  rehat,  GPI  boleh  membuat  pemerhatian  terhadap  amalan

                            makan dan minum murid.
                       Cadangan Pentaksiran: GPI boleh mencatat tingkahlaku murid dalam rekod

                       anekdot.

                       Aktiviti 2: Mari Berdoa

                       Strategi: Pembelajaran kontekstual
                      1.    GPI memperkenalkan beberapa doa seperti doa belajar, doa sebelum

                            dan selepas makan, doa masuk dan keluar tandas serta doa menaiki
                            kenderaan. GPI juga boleh mengajar doa lain yang bersesuaian.

                      2.    Bagi  melihat  amalan  murid  melafazkan  doa  tersebut,  GPI  boleh

                            bekerjasama dengan guru prasekolah dan PPM untuk memastikan murid
                            melafazkan doa dalam amalan rutin harian di prasekolah seperti berikut:

                              (i)   Doa  belajar:  dilafazkan  sebelum  waktu  belajar  atau  ketika
                                   perbualan awal

                              (ii)  Doa sebelum makan: dilafazkan sebelum makan
                              (iii)  Doa selepas makan: dilafazkan selepas makan

                              (iv)  Doa masuk tandas: dilafazkan sebelum masuk tandas

                              (v)  Doa keluar tandas: dilafazkan selepas keluar tandas
                              (vi)  Doa  menaiki  kenderaan:  dilafazkan  semasa  aktiviti  penutup

                                   sebelum pulang
                      3.    GPI juga boleh melibatkan ibu bapa di rumah untuk membantu murid

                            mengamalkan doa yang telah diajar semasa di sekolah.
                       Cadangan Pentaksiran: Contoh senarai semak amalan doa harian

                                                  Isi tarikh jika murid boleh melafazkan doa dalam
                                                                    amalan harian
                         Bil   Nama Murid        Doa      Doa       Doa      Doa      Doa     Doa naik
                                                belajar  sebelum   selepas   masuk   keluar   kenderaan
                                                         makan     makan    tandas   tandas

                         1
                         2

                         3












                                                           23
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41