Page 33 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 33
Had anggota wuduk adalah seperti berikut:
(a) Muka
Secara menegak adalah dari tempat tumbuh rambut hingga
bawah dagu, manakala secara melintang adalah dari telinga
kanan hingga telinga kiri.
(b) Tangan
Kedua-dua belah tangan sehingga siku.
(c) Kepala
Sebahagian kepala atau tempat tumbuh rambut di bahagian
kepala.
(d) Kaki
Kedua-dua belah kaki sehingga buku lali.
(iv) Lafaz niat wuduk
Murid dibimbing melafaz niat wuduk dan maknanya secara kelas,
kumpulan dan individu.
(v) Menyebut rukun wuduk
Murid diminta menyebut rukun wuduk berdasarkan gambar yang
disediakan.
(vi) Melakukan wuduk dengan tertib dan beradab
Murid diminta melakukan simulasi berwuduk dengan tertib dan beradab.
Penekanan adab berwuduk perlu diberi perhatian seperti berjimat
menggunakan air, tidak berbual-bual dan sebagainya. GPI perlu
membuat rumusan dengan menekankan kepentingan berwuduk
mengikut tertib dan beradab.
20

