Page 49 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 49
UNIT 6
PENTAKSIRAN
6.1 Pengenalan
Pentaksiran di prasekolah dilaksanakan secara sistematik dan berterusan semasa
PdP bertujuan mengumpul maklumat berkaitan perkembangan murid. Pentaksiran
ini boleh dilaksanakan terhadap individu atau kumpulan murid melalui pemerhatian
yang dibuat dari semasa ke semasa.
Pentaksiran di prasekolah adalah berdasarkan Standard Prestasi (SPi) dalam
DSKP KSPK komponen Pendidikan Islam bagi setiap fokus iaitu al-Quran, jawi,
akidah, ibadah, akhlak dan sirah. Oleh itu, GPI perlu bijak merancang bagi
memastikan pentaksiran yang dilaksanakan berjalan lancar dan memberi maklumat
untuk membantu pembelajaran murid.
6.2 Peranan GPI Pendidikan Islam
GPI berperanan penting dalam melaksanakan pentaksiran bagi membantu murid
menguasai SP dan SPi komponen Pendidikan Islam. Pentaksiran di prasekolah
perlu dilaksanakan dengan beretika dan mengambil kira hak kanak-kanak. Murid
perlu dimaklumkan bahawa mereka akan ditaksir dari semasa ke semasa.
Pentaksiran sewajarnya dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana
murid menguasai SP yang telah dipelajari dan bukan bertujuan untuk membuat
perbandingan antara murid. GPI perlu membuat penilaian secara profesional
(professional judgement) bagi menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid bagi
sesuatu Standard Prestasi komponen Pendidikan Islam. Seterusnya GPI perlu
merekod TP murid untuk rujukan dan tindakan lanjut.
36

