Page 21 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 21

9



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


             Gambar Rajah 5: Sekolah Menengah Teknik/Kolej Vokasional

                                                        Pengarah




                                                   Timbalan Pengarah
                                                       Akademik




                                                     Ketua Jabatan




                                                    Guru Prasekolah




                                                          PPM



                 6.2 Peranan dan Bidang Tugas Pentadbir
                     6.2.1 Pengarah/Pengetua/Guru Besar
                             Pengarah/Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab kepada perkara yang
                             berikut :
                             i.  Bertanggungjawab  kepada  kelas  prasekolah  di  bawah  jagaannya
                                  secara menyeluruh meliputi bidang pentadbiran, kebajikan, keselamatan,
                                 kewangan, kurikulum dan kokurikulum.
                             ii.  Memastikan guru opsyen prasekolah mengajar di kelas prasekolah atau
                                 guru terlatih sekiranya tiada guru opsyen prasekolah.
                             iii. Memastikan  guru  prasekolah  dilantik  sebagai  ahli  Jawatankuasa
                                   Kewangan Sekolah dan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
                             iv.  Memastikan kelas prasekolah mempunyai guru relief sekiranya guru
                                 prasekolah tidak hadir bertugas/menghadiri tugasan rasmi.
                             v.  Memastikan  setiap  kelas  prasekolah  mempunyai  seorang  Pembantu
                                   Pengurusan Murid (PPM) atau Pekerja Sambilan Harian sekiranya tiada
                                 pengisian PPM (tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa).
                             vi. Mengawal selia pengurusan kewangan prasekolah.
                             vii. Memastikan  tatacara  pengurusan  perolehan  di  kelas  prasekolah
                                   dilaksanakan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
                             viii. Memastikan  kurikulum  prasekolah  dilaksanakan  sepenuhnya  dan
                                   pencerapan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
                             ix. Melaksanakan  pemantauan  pengurusan  ke  kelas  prasekolah  secara
                                 berkala.
                             x.  Bertanggungjawab  sepenuhnya  terhadap  prasekolah  luar  premis  di
                                 bawah seliaannya.
                             xi. Memastikan PPM Prasekolah melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan.
                             xii. Mengeluarkan  surat  arahan  penetapan  waktu  bekerja  kepada  PPM
                                 Prasekolah (rujuk Jadual Cadangan Waktu Bekerja PPM).
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26