Page 26 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 26

14



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                                     Tifoid Bagi Penyediaan Makanan Oleh Pembantu Pengurusan Murid
                                     Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

                             d. Pengurusan Hal Ehwal Murid
                                i.   Melayani  kerenah  murid  prasekolah  dan  menolong  memastikan
                                     mereka sentiasa berkeadaan bersih.
                                ii.  Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari
                                     segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
                                iii. Menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas dan juga
                                     memastikan mereka keluar kelas dalam keadaan selamat.
                                iv.  Membantu  murid  ke  tandas  sekiranya  perlu  dan  membantu
                                       memerhatikan murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
                                v.   Membantu  guru  prasekolah  menjaga  keselamatan  alatan  dan
                                       kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
                                vi. Membantu  mengawasi  murid  prasekolah  semasa  ketiadaan  guru
                                     prasekolah.
                                vii. Bersama-sama murid dalam perhimpunan rasmi sekolah.


                             e. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari
                                  semasa ke semasa*.


                             Nota : 1. *Sebarang tugas yang diarahkan tidak boleh bersifat harian dan mengganggu
                             tugas hakiki PPM Prasekolah

                     7.3.3 Pembantu Pengurusan Murid Ganti (Pekerja Sambilan Harian)
                             Pihak pentadbir boleh memohon Pekerja Sambilan Harian sekiranya:
                             a. PPM tidak hadir bertugas atas sebab :
                                i.   Cuti bersalin
                                ii.  Cuti sakit berpanjangan yang disahkan oleh doktor kerajaan
                                iii. Cuti tanpa gaji yang diluluskan
                                iv.  Cuti Haji
                                v.   Cuti belajar

                             b. Perjawatan yang belum diisi


                             Nota: Tertakluk kepada pekeliling yang sedang berkuatkuasa

                     7.3.4 Panduan Penyediaan Makanan
                             a. PPM dikehendaki menghadiri kursus dan latihan berkaitan pengendalian
                                makanan.
                             b. PPM mesti mematuhi kod etika pemakaian ketika menyediakan sajian
                                 dengan  memakai  apron,  sarung  tangan  dan  penutup  kepala  seperti
                                yang  dinyatakan  dalam  Peraturan  Kebersihan  Makanan  2009  oleh
                                  Kementerian Kesihatan Malaysia.
                             c. Sajian makanan murid prasekolah mesti berdasarkan panduan menu yang
                                disyorkan.
                             d. PPM tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan yang tidak sihat yang
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31