Page 25 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 25

13



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                                     semasa murid berkenaan di bawah jagaannya.
                                vii. Memberi bantuan kepada murid dan mendampingi mereka semasa
                                     menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat
                                     melibatkan diri secara aktif.
                                viii. Membantu  guru  prasekolah  dalam  penyediaan  pengajaran  dan
                                       pembelajaran.

                            b. Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
                                i.   Membantu guru mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari.
                                ii.  Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam
                                     kelas prasekolah.
                                iii. Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan
                                     dengan prasekolah.
                                iv.  Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
                                v.   Mengemas kini data dan maklumat murid prasekolah.
                                vi. Membantu menguruskan permohonan kemasukan dan pendaftaran
                                     murid prasekolah.
                                vii. Membantu menghubungi agensi-agensi luar atau pihak luar yang
                                      bekerjasama  atau  bagi  mendapatkan  maklumat  berkaitan
                                       prasekolah.
                                viii. Membantu guru prasekolah membuat lawatan susulan ke rumah ibu
                                     bapa atau penjaga murid bagi murid yang bermasalah sekiranya
                                     perlu.
                                ix. Membantu guru prasekolah dalam menguruskan akaun dan perkara
                                     yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
                                x.   Membantu guru merekodkan perbelanjaan dan sumbangan* yang
                                     diterima untuk prasekolah.


                                *Tertakluk  kepada  Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  3  Tahun  1998-Garis  Panduan
                                  Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam


                            c. Pengurusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
                                i.   Menyedia (memasak atau mendapatkan bekalan tersebut daripada
                                     pembekal) dan menghidang makanan dan minuman yang bersih,
                                     berzat dan seimbang bagi murid prasekolah berdasarkan cadangan
                                     menu standard prasekolah.
                                ii.  Mengemas dan membersihkan perkakasan seperti pinggan, piring,
                                     cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
                                iii. Menyedia dan mengemaskan kelas dan bilik-bilik atau ruang yang
                                     lain sebelum dan selepas PdP termasuk menyapu, mengunci pintu
                                     kelas dan menjaga kebersihan kelas dan ruang-ruang lain.
                                iv.  Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan
                                     bahan pengajaran di dalam kelas.
                                v.   PPM tidak diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid berdasarkan
                                     surat makluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia nombor
                                     Bil(3)dlm KKM-171/BKP/11/54/0803 JLD2 bertarikh 24 Disember
                                     2013 – Permohonan Nasihat dan Penjelasan Berkenaan Suntikan
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30