Page 22 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 22

10



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                             xiii. Melaksanakan tugas sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan murid
                                 prasekolah.
                             xiv. Memastikan guru bukan opsyen yang mengajar di kelas prasekolah
                                   pendidikan khas dan integrasi menghadiri Kursus Asas Pendidikan Khas
                                 yang dianjurkan oleh KPM.
                             xv. Melaksanakan tugas sebagai Pengerusi Panel Rancangan Pendidikan
                                   Individu (RPI) murid berkeperluan khas.

                     6.2.2 Timbalan Pengarah/Penolong Kanan
                             Membantu Pengarah/Pengetua/Guru Besar dalam semua bidang pengurusan
                             dan  pentadbiran  serta  melaksanakan  bidang  tugas  hakikinya  sebagai
                               Timbalan Pengarah/Penolong Kanan.


                     6.2.3 Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Program
                             Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
                             Membantu Guru Besar dalam semua bidang pengurusan dan pentadbiran
                             serta melaksanakan bidang tugas hakikinya sebagai Guru Penolong Kanan
                             Pendidikan Khas/Penyelaras PPKI.

             7. GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
                 7.1 Guru Prasekolah
                     7.1.1 Tugas dan Tanggungjawab guru
                             Bilangan guru prasekolah adalah berdasarkan bilangan kelas prasekolah,
                             iaitu seorang guru bagi sebuah kelas. Guru prasekolah bertanggungjawab
                             kepada perkara berikut:
                             a. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
                                i.   Melaksanakan PdPc dan pentaksiran mengikut KPK.
                                ii.  Merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
                                iii. Menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan
                                     bagi merangsang bimbingan dan asuhan.
                                iv.  Mewujudkan  dan  merangsang  naluri  ingin  tahu,  minat  untuk
                                       meneroka dan menjelajah dalam kalangan murid prasekolah.
                                v.   Merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya
                                     bersedia untuk belajar.
                                vi. Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar serta peralatan
                                     yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid
                                     prasekolah.
                                vii. Mendampingi  murid  semasa  menjalankan  aktiviti  harian  di
                                       prasekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
                                viii. Melaksanakan aktiviti kokurikulum.
                                ix. Menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam
                                     dan di luar kelas.


                             b. Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
                                i.   Membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
                                ii.  Memastikan PPM mengurus surat-menyurat yang berkaitan dengan
                                     prasekolah.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27