Page 23 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 23

11



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                                iii. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
                                iv.  Mengurus  permohonan  kemasukan  dan  pendaftaran  murid
                                       prasekolah.
                                v.   Mengemas  kini  data  dan  maklumat  dalam  Sistem  Maklumat
                                       Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
                                vi. Melaksanakan penarafan kendiri menggunakan instrumen Standard
                                     Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK).
                                vii. Melaksanakan pentaksiran murid secara berterusan.
                                viii. Bekerjasama  dengan  agensi  lain  atau  pihak  luar  berkaitan
                                       prasekolah.
                                ix. Membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid
                                     bagi murid-murid yang bermasalah sekiranya perlu.
                                x.   Melaksanakan pengurusan kewangan prasekolah.
                                xi. Melaksanakan pengurusan fail secara sistematik.
                                xii. Bersama-sama murid dalam perhimpunan rasmi sekolah.
                                xiii. Menyediakan  dokumentasi  lengkap  bagi  setiap  program  yang
                                       dijalankan.
                                xiv. Membantu mengurus Elaun Murid Khas (EMK).
                                xv. Menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
                                xvi. Membantu pentadbir memastikan PPM melaksanakan tugas mengikut
                                     Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2003.


                             c. Pengurusan Hal Ehwal Murid
                                i.   Menyambut kedatangan murid dengan mesra.
                                ii.  Memastikan murid berada dalam keadaan sihat dan bersih.
                                iii. Mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari.
                                iv.  Memastikan  pergerakan  keluar  masuk  murid  semasa  sesi
                                       persekolahan direkodkan.
                                v.   Memastikan murid pulang dalam keadaan selamat.
                                vi. Memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.


                             d. Pengurusan Penyediaan Makanan
                                i.   Memastikan penyediaan makanan oleh PPM mengikut menu yang
                                     ditetapkan.
                                ii.  Memastikan bahan keperluan untuk penyediaan makanan dibekalkan
                                     ke kelas prasekolah mengikut pesanan yang diluluskan.
                                iii. Memastikan  perkakasan  dan  ruang  yang  digunakan  untuk
                                      penyediaan makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat
                                     untuk digunakan.


                             e. Melaksanakan  tugas-tugas  yang  diarahkan  oleh  Ketua  Jabatan  dari
                                  semasa ke semasa.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28