Page 1 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 1
SUKAN MUAFAKAT JOHOR 2019
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
SUKAN BOLA JARING (TERBUKA WANITA)
1. PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung pertandingan ini akan
dijalankan mengikut peraturan – peraturan Persatuan Bola Jaring Malaysia dan
Undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini
kecuali sebarang perubahan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur dan
dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan ini.
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-
undang dalam bahasa inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Sebarang Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Sukan Muafakat Johor 2019 adalah Muktamad.
2. TARIKH DAN TEMPAT
2.1 Peringkat Daerah
2.1.1 Tarikh dan tempat bagi penganjuran Pertandingan Sukan Muafakat Johor
2019 di peringkat DUN-DUN di setiap daerah akan ditentukan oleh
Jawatankuasa DUN-DUN itu sendiri dan akan dipantau oleh
Penyelaras/Urusetia Daerah MSNJ
2.1.2 Tempoh rasmi pengelolaan ialah 2 hari serta perlu mengikut segala
Peraturan Am dan Syarat-syarat Khas yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri.
2.2 Peringkat Negeri
2.2.1 Tuan Rumah Karnival Sukan Muafakat Johor 2019 Peringkat Negeri akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Induk yang dilantik.
2.2.2 Tarikh bagi pertandingan Peringkat Negeri akan diadakan pada:
Tarikh dan masa lapordiri : 22 November 2019 , 7.30 pagi
Tarikh pertandingan : 22 & 23 November 2019
Tempat : Padang Bola Sepak IOI Property
Majlis Penyampaian Hadiah : 23 Mei 2019, 2.00 petang

