Page 6 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 6
11.3.1 Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberikan masa rehat
selama satu (1) minit.
11.3.2 Masa tambahan selama lima (5) minit akan ditentukan.
11.3.3 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan
ditentukan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
12. KELEWATAN
12.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
12.2 Lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas itu sesuatu
pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain,
maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan
13. JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN
13.1 Jadual dan tempat pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dan
akan diedarkan kepada semua pasukan pada masa Taklimat Pengurus Pasukan yang
akan diadakan sebelum pertandingan pertama bermula.
13.2 Jadual Pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
muktamad.
13.3 Walaubagaimanapun Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk
menangguhkan mana-mana perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu
kepada pasukan yang terlibat.
14. PENANGGUHAN
14.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti
hujan lebat,petir dan kilat, keadaan padang yang becak, cuaca gelap dan sebagainya,
maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal
berhak menangguh perlawanan.
14.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:
14.2.1 Jawankuasa Pengelola mempuyai kuasa untuk menangguhkan atau
menggubal sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu
memberitahu atau diputuskan secara serta merta.
14.2.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal setiap sukan akan menetapkan
semula perlawanan yang tertangguh.
15. BANTAHAN DAN TATATERTIB
15.1 Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan
hendaklah di buat secara bertulis dan disertakan wang pertaruhan sebanyak
RM1,000.00 dan disertakan bersama butiran/bukti.
15.2 Wang pertaruhan tersebut akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan
didapati tidak wajar.

