Page 8 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 8
20. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN
20.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi etika dari tingkahlaku
yang dihormati berdasarkan kepada semangat kesukanan.
20.2 Tertakluk kepada pengesahan Penganjur, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil
sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan
penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan
keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan
mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang
jangkamasa yang sesuai.
20.3 Pemain yang diperintah keluar kerana MEMUKUL pemain lawan atau
BERKELAKUAN BIADAP terhadap pegawai adalah tidak dibenarkan bermain terus
di dalam pertandingan ini.
20.4 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau
tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan.
21. JAWATANKUASA BANTAHAN DAN RAYUAN
21.1 Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat hendaklah menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan kes-kes disiplin dikalangan
pegawai dan peserta.
21.2 Disamping itu, Jawatankuasa Tertinggi akan melantik sebuah Lembaga
Bantahan/Rayuan bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salahlaku yang
membabitkan pegawai dan atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
persatuan masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin
semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan urusetia SUKAN MUAFAKAT
JOHOR 2019. Keahlian Lembaga Bantahan/Rayuan adalah seperti berikut:
Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor
Ahli-ahli : Pengarah
Majlis Sukan Negeri Johor
Ketua Teknikal
Sukan Muafakat Johor 2019
Tiga (3) orang Ketua Kontinjen atau Wakilnya
Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

