Page 7 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 7
15.3 Wang taruhan akan dikembalikan sebanyak 50% jika bantahan yang dibuat
diterima oleh Jawatankuasa Bantahan.
15.4 Semua bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Delegat/ Pegawai Pertandingan
dalam masa lima belas minit selepas pertandingan tamat.
15.5 Segala keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bantahan
yang dilantik dan segala keputusan adalah Muktamad.
16. MENARIK DIRI
16.1 Pasukan yang terlewat (5) minit daripada masa yang dijadualkan akan dianggap
memberi kemenangan tanpa bertanding, kecuali dengan alasan yang munasabah.
16.2 Menarik diri (walk-over) samasekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan
yang menarik diri itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
16.3 Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan pasukan yang
menarik diri (sistem liga) tidak diambil kira.
17. PAKAIAN PESERTA
17.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan warna
yang sama. Pakaian seragam hendaklah dipakai sepanjang kejohanan.
17.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang
ketinggian hurufnya adalah 6 inci.
17.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama namanya dalam jadual
dikehendaki menukar bib.
18. HADIAH-HADIAH
18.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-
KEDUDUKAN HADIAH
Johan Wang Tunai RM2,000.00 , Medal & Piala Iringan
Naib Johan Wang Tunai RM1,200.00 & Medal
Ketiga Wang Tunai RM750.00 & Medal
Keempat Wang Tunai RM500.00 & Medal
19. PENGADIL DAN PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL
19.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat
Teknikal, pegawai-pegawai Teknikal dan pengadil setelah berunding dengan
Persatuan Bola Jaring Negeri Johor.
19.2 Pegawai perlawanan termasuklah satu(2) orang pengadil dan dua(3) orang pegawai
meja (pencatat skor dan penjaga masa).

