Page 5 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 5

9.  MASA DAN CARA BERMAIN

                    9.1       Masa permainan adalah 11 minit (5 minit setiap separuh masa dan 1 minit rehat).

                    9.2       Bilangan pemain yang bermain adalah 7 orang bagi setiap pasukan. Setiap pasukan
                              mesti  mempunyai  sekurang-kurangnya  5  orang  pemain  sebelum  satu-satu
                              pertandingan  dimulakan.  Jika  kurang  daripada  ini  pasukan  tersebut  dikira
                              menerima kekalahan.

                    9.3       Permainan dimulakan dengan hantaran tengah yang akan diambil secara bergilir-
                              gilir oleh kedua-dua pasukan.

                    9.4       Sekiranya  timbul  perkara  yang  tidak  dikuasai  oleh  kedua-dua  undang-undang
                              permainan,  maka  keputusan  akan  ditentukan  oleh  Jawatankuasa  Pengelola  dari
                              aspek teknikal.

                    9.5       Jawatankuasa  Pengelola  berhak  meminda  atau  menambah  mana-mana  peraturan
                              jika difikirkan perlu.


               10.  PERTUKARAN PEMAIN

                    10.1      Sebarang  pertukaran  /  penggantian  pemain  semasa  bermain  hendaklah  terlebih
                              dahulu dimaklumkan kepada pengadil. Tiada had pertukaran / penggantian pemain
                              tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat.


               11.  PERATURAN PERMAINAN

                    11.1      Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah seperti berikut :-

                                   MENANG                   SERI                 KALAH


                                     2 mata                1 mata                 0 mata


                    11.2      Jika  dua  (2)  atau  lebih  pasukan  mendapat  mata  yang  sama,  pemenang  akan
                              ditentukan seperti berikut :-

                              11.2.1  Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang
                                     dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.

                              11.2.2  Jika PURATA GOL masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
                                     PERBEZAAN  GOL  iaitu  jumlah  gol  yang  dijaringkan  tolak  jumlah  gol  yang
                                     kena.

                              11.2.3  Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol
                                     terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

                    11.3      Bagi  pertandingan  yang  dijalankan  secara  KALAH  MATI,  jika  keputusan
                              pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan
                              seperti berikut :-
   1   2   3   4   5   6   7   8   9