Page 3 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 3

4.5       Setiap pendaftaran mestilah (WAJIB) disertakan seperti berikut :-

                                        4.5.1   Sekeping (1) gambar berukuran passport dan bukan gambar yang diambil
                                     melalui telefon bimbit

                                        4.5.2   Salinan satu (1) Kad Pengenalan.

                                        4.5.3   Surat  Pengesahan  Penghulu/Ketua  Kampung/Majikan  sekiranya  bukan
                                     daripada DUN berkenaan dan telah bermastautin lebih 3 bulan.

               5.  KELAYAKAN PEMAIN

                    5.1       Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pemain dalam DUN masing-masing
                              sahaja.

                    5.1       Pemain-pemain  yang  pernah  mewakili  peringkat  kebangsaan/antarabangsa  tidak
                              dibenarkan  bermain  di  dalam  pertandingan  ini.  Bagaimanapun  sekiranya  pernah
                              mewakili peringkat kebangsaan/antarabangsa tetapi telah mencapai usia melebihi
                              35 tahun (1984) dibenarkan mengambil bahagian.

                    5.2       Had umur adalah 18 tahun ke atas (2001).

                    5.3       Peserta  tidak  boleh  bermain  atau  mewakili  lebih  dari  satu  DUN  dan  hanya
                              dibenarkan bermain di DUN sendiri mengikut status bermastautin.

                    5.4       Jika  terdapat  seorang  pemain  yang  pasukannya  telah  kalah/menang  dan
                              kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan pemain tersebut akan
                              dibatalkan  dan  kedua-dua  pasukan  berkenaan  akan  dikenakan  bayaran  denda
                              sebanyak RM500.00

               6.  TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

                    6.1       Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sebelum kejohanan bermula (tarikh,
                              masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian)

                    6.2       Pengurus  pasukan  dikehendaki  mengemukakan  Borang  Pendaftaran  Pasukan
                              bersama salinan kad pengenalan atau dokumen berkaitan untuk pengesahan. Hanya
                              pertukaran nama peserta sahaja dibenarkan dan penambahan kepada bilangan atlet
                              yang telah didaftarkan adalah tidak dibenarkan.

                    6.3       Senarai peserta yang telah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan
                              adalah Muktamad.
   1   2   3   4   5   6   7   8