Page 66 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 66

1       PENDAHULUAN

                       Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari
               aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM
               bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta
               berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

                       Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan
               hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.

                       Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan
               oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan
               murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.


               2       MATLAMAT

                       Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang
               seimbang,  berdikari,  berpengetahuan  dan  berkemahiran,  berfikiran  kreatif  dan  kritikal,  memupuk  potensi  dan
               kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.


               3       OBJEKTIF

                       3.1    Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
                       3.2    Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di
                              peringkat sekolah.
                       3.3    Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
                       3.4    Meningkatkan tahap kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran yang selamat.

               4       STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

                   4.1  Tenaga Pengajar.
                        4.1.1  Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua (lo co parentis) kepada semua
                              murid.
                        4.1.2  Sentiasa  mengutamakan  kepentingan  dan  kebajikan  murid  dalam  semua  bentuk  tindakan
                              dan keputusan yang dibuat.
                        4.1.3  Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa serta penuh
                              kasih sayang.
                        4.1.4  6HPXD WLQGDNDQ JXUX DGDODK EHUNRQVHSNDQ ³0(1',',. %8.$1 0(1*+8.80¶
                        4.1.5  Membudayakan  guru  supaya  benar-EHQDU  GDSDW  PHPDLQNDQ  SHUDQDQ  VHEDJDL  ³*858
                              ',6,3/,1´ SDGD VHWLDS PDVD

                   4.2  Kemasukan Murid.

                        4.2.1  Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
                        4.2.2  Setiap  maklumat  murid  akan  didaftarkan  ke  dalam  buku  rekod  pendaftaran  dan  Aplikasi
                              Pangkalan  Data  Murid  (APDM)  dan  sentiasa  memastikan  data  peribadi  murid  dikemaskini
                              dengan lengkap dan terkini.
                        4.2.3  Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
                        4.2.4  Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid Tahun 1.  Aturcara Majlis:
                              i.     Pengesahan pendaftaran.
                              ii.    Taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah.
                              iii.   Penetapan kelas.
                              iv.    Pengagihan buku Teks.
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71