Page 71 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 71

5.2.7 Misi & Visi Sekolah         -  ditampal pada papan kenyataan kelas
                         5.2.8 Moto Sekolah                       -  ditampal pada papan kenyataan kelas
                         5.2.9 Artikel Berinformasi dan Isu-Isu Semasa    -  ditampal pada papan bulletin
                         5.2.10 Bahan-bahan Pembelajaran          -  ditampal pada Papan Mata Pelajaran
                         5.2.11 Sudut Bacaan                      -  di tempat yang sesuai
                         5.2.12 Alatan seperti penyapu, pemadam papan hitam/putih, bakul sampah, penyodok
                              sampah dan sebagainya               -  diletakkan di tempat yang sesuai.
                         5.2.13 Pas Keluar Kelas (2 set)          -  disediakan oleh Unit Disiplin & Pengawas

                   5.3  Bilangan  kehadiran  harian  mesti  ditulis  di  penjuru  papan  tulis  (kanan/atas)  atau  di tempat yang
                       mudah dilihat.

                   5.4  Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja murid
                       mencukupi.  Perabot  yang  rosak  atau  tidak  sesuai  digunakan  hendaklah  dimaklumkan  kepada
                       pengurusan sekolah (Unit Perabot) untuk diambil tindakan.

                   5.5  Kebersihan Kelas:
                         5.5.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
                         5.5.2 Setiap guru yang masuk ke kelas mestilah memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih
                              dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari
                              kelas berkenaan.
                         5.5.3 AJK  Kebersihan  Kelas  hendaklah  memastikan  sampah  di  dalam  laci  meja murid dan di
                              dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
                         5.5.4 Sebelum meninggalkan kelas, semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam
                              keadaan kemas dan teratur.
                         5.5.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan
                              kelas.
                         5.5.6 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.

                   5.6  Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Kelas
                       untuk melaporkan kepada Guru Kelas jika hilang atau rosak.

                   5.7  Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
                         5.7.1 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat
                              digunakan.
                         5.7.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
                         5.7.3 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas menjalankan tugas.

                   5.8  Susun atur kelas adalah mengikut ciri-ciri Kelas Abad Ke-21.
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76