Page 68 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 68

murid  boleh  dibuang  sekolah.  Surat  untuk  tujuan  memberitahu  ibu  bapa/penjaga
                                     bahawa  murid  telah  dibuang  sekolah  hendaklah  ditandatangani  oleh  Guru  Besar.
                                     Murid  tidak  boleh  diterima  semula  selepas  itu  tanpa  merujukkannya  kepada  Guru
                                     Besar.

                        4.4.2  Penghantaran surat-surat adalah seperti jadual berikut:

                                                      Hari Tidak Hadir (P)            Hari Tidak Hadir (P)
                                 Surat
                                                        Berturut-turut               Bukan Berturut-turut
                         Amaran Pertama        pada hari ke-3                  pada hari ke-10
                         Amaran Kedua          7 hari selepas Amaran Pertama   10 hari lagi selepas Amaran Pertama
                         Amaran Ketiga         7 hari selepas Amaran Kedua     20 hari lagi selepas Amaran Kedua
                         Buang Sekolah         14 hari selepas Amaran Terakhir   20 hari lagi selepas Amaran Terakhir
                         Jumlah Hari Tidak Hadir   31 hari berturut-turut      60 hari bukan berturut-turut

                        4.4.3  Surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga diisi dan dibuat satu salinan untuk simpanan ke
                              dalam Fail Kehadiran Murid dan ditandatangani oleh:
                                i.   Surat Amaran Pertama ditandatangani oleh GPK HEM
                                ii.   Surat Amaran Kedua ditandatangani oleh GPK HEM
                                iii.   Surat Amaran Ketiga ditandatangani oleh GPK HEM
                                iv.   Surat Buang Sekolah ditandatangani oleh Guru Besar.
                        4.4.4  Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau
                              menulis  surat  kepada  pihak  sekolah  (guru  kelas)  atau  menelefon  ke  sekolah  untuk
                              memaklumkan sebab tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga
                              hari berturut-turut akan dicatat sebagai ponteng sekolah.

                   4.5  Perlaksanaan Program Kesihatan.

                        4.5.1  Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-program  yang
                        dirancang seperti:
                                i.   Pemeriksaan Gigi dan Mata
                                ii.   Pemeriksaan Kesihatan
                                iii.   Program RMT dan makanan seimbang di kantin sekolah
                                iv.   Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
                                v.   Ceramah dan Kempen
                                vi.   Suntikan
                                vii.  Sambutan Bulan Kecergasan anjuran panitia PJK
                        4.5.2  Memastikan  perlaksanaan  Rancangan  Makanan  Tambahan  (RMT)  menepati  sasaran  dan
                              matlamat perlaksanaannya seperti berikut:
                                i.   Bilangan murid yang terlibat.
                                ii.   Pemilihan murid yang tepat.
                                iii.   Penyediaan menu yang berkhasiat.
                                iv.   Pemilihan dan pemantauan menu yang disediakan oleh penyedia makanan.
                                v.   Memantau  kebersihan  dalam  penyediaan  menu  RMT  mengikut  kriteria  yang
                                     ditetapkan.
                        4.5.3  Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut:
                                i.   Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
                                ii.   Berinteraksi  dengan  kawan-kawan  dengan  menggunakan  bahasa  yang  baik  dan
                                     sopan.
                                iii.   Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
                                iv.   Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.
                        4.5.4  Memastikan pengurusan kantin mematuhi perkara-perkara berikut:
                                i.   Persekitaran sentiasa bersih.
                                ii.   Semua pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
                                iii.   Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
                                iv.   Penyediaan makanan adalah secara dimasak sendiri.
                                v.   Penyediaan tong sampah yang mencukupi keperluan.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73