Page 69 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 69
4.5.5 Mewujudkan tabiat sayang dan sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut:
i. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
ii. Gotong-royong.
iii. Mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong sampah secara spontan bila
ianya dijumpai.
iv. Tidak membuang sampah merata-rata.
4.5.6 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa atau penjaga dan
merekodkannya dalam buku rekod kesihatan murid.
4.5.7 Ibu bapa atau penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah.
4.5.8 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital/klinik, tanpa menghubungi
penjaga terlebih dahulu bagi kes-kes kecemasan bertujuan menyelamatkan nyawa pelajar.
4.5.9 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan
seperti penyakit jantung berlubang, kanser, rabun dan penyakit kronik lain.
4.5.10 0HPDVWLNDQ PXULG GL VHNRODK LQL PHQJDPDONDQ ³%8'$<$ +,'83 6,+$7´
4.6 Pelaksanaan Program Kebajikan Murid.
4.6.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid adalah berdasarkan data dalam Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM).
4.6.2 Antara bantuan yang layak diperolehi oleh murid adalah seperti:
i. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT);
ii. Rancangan Makanan Tambahan (RMT);
iii. Program Susu 1 Malaysia (PS1M);
iv. Snek Bijirin;
v. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan eKasih;
vi. Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP).
4.6.3 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
4.6.4 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan dan sumbangan kepada murid di sekolah ini.
4.6.5 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga
maruah murid berkenaan.
4.6.6 Semua guru terutama guru kelas mesti sentiasa peka terhadap kemurungan, reaksi tidak
normal murid bagi mengesan masalah serius yang mungkin dihadapi oleh murid.
4.7 Pelaksanaan Sesi Kaunseling dan Motivasi.
4.7.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut:
i. Sesi kaunseling Individu.
ii. Sesi kaunseling Berkelompok.
iii. Kem Jati Diri.
iv. Khemah Ibadat.
v. Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
4.8 Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar.
4.8.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh pelbagai
pihak seperti:
i. Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
ii. Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
iii. Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
iv. Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
4.9 Pelaksanaan Program 3K.
4.9.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan, kesihatan dan keselamatan
dengan menerapkan kepada murid dan komuniti setempat.

