Page 67 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 67

4.3  Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

                        4.3.1  Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan di dalamnya
                              pada setiap masa.
                        4.3.2  Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
                        4.3.3  Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher semasa perhimpunan setiap hari Isnin.
                        4.3.4  Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 2 hingga Tahun 6.
                        4.3.5  Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:
                              i.     Pencalonan oleh guru disiplin/guru kelas dengan persetujuan Guru Besar/GPK HEM.
                              ii.    Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah.
                              iii.   Kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
                              iv.    Majlis watikah pelantikan.
                        4.3.6  Murid  yang  sering  melanggar  peraturan  sekolah,  akan  dihadapkan  ke  Lembaga  Disiplin
                              Sekolah.
                        4.3.7  6HNRODK  DNDQ  PHQJDPDONDQ  SHQGHNDWDQ  ³QDVLKDW  GDQ  ELPELQJDQ´   8QLW  %LPELQJDQ  GDQ
                              Kaunseling)  dalam  menangani  permasalahan  disiplin  murid  di  mana  semua  murid  yang
                              melakukan  kesalahan  akan  dirujuk  kepada  guru  bimbingan  dan  kaunseling  untuk  sesi
                              bimbingan dan hanya akan diambil tindakan selepas tiada perubahan sikap murid terlibat.
                        4.3.8  Memastikan  murid  sekolah  ini  tidak  terlibat  dengan  kegiatan-kegiatan  yang  tidak  bermoral
                              seperti  berikut;  ponteng  sekolah,  merokok,  pergaduhan,  kelakuan  lucah,  membuli,  kurang
                              ajar atau biadap dan merosakkan harta benda sekolah atau awam (VANDALISME).
                        4.3.9  Ibu bapa murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil ke sekolah untuk tujuan
                              makluman  dan  penyelesaian  masalah  dan  laporan  akan  disediakan  bagi  tujuan  rekod  dan
                              rujukan.
                        4.3.10  Bagi  kesalahan  serius  pihak  sekolah  akan  meminta  nasihat  dan  merujuk  kepada  pegawai
                              perhubungan sekolah (polis) bagi tujuan penyelesaian masalah.
                        4.3.11  Berusaha  menerapkan  nilai-nilai  murni  melalui  pelbagai  aktiviti  yang  dirancang.  Antara
                              program yang boleh digunapakai:
                               i.    Program Sekolah Penyayang
                               ii.   Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan Sekolah
                               iii.   Program Sambutan Majlis-majlis Perayaan
                        4.3.12  Memastikan  semua  murid  mematuhi  dan  mengamalkan  peraturan-peraturan  sekolah  yang
                              telah ditetapkan.
                        4.3.13  Membantu murid dalam masalah disiplin supaya menjadi insan yang dihargai oleh semua  guru
                        dan kakitangan sekolah.

                   4.4  Ponteng Sekolah.

                        4.4.1  Bagi murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah secara berkala tindakan akan diambil
                              seperti berikut:
                                a)   Surat Amaran Pertama
                                     Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang tidak
                                     datang ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh (10)
                                     murid tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.
                                b)   Surat Amaran Kedua
                                     Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke sekolah tujuh (7)
                                     hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah
                                     dihantar juga sekiranya telah ditandai (O) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-
                                     turut.
                                c)   Surat Amaran Ketiga
                                     Surat  Amaran  Ketiga  atau  Terakhir  hendaklah  dihantar  sekiranya  tiada  apa-apa
                                     komunikasi  tujuh  (7) hari  selepas  Surat  Amaran  Kedua. Sila  hantar surat  tersebut
                                     juga untuk murid yang telah ditandai (O) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-
                                     turut.
                                d)   Buang Sekolah
                                     Selepas  tempoh  empat  belas  (14)  hari  ponteng  sekolah  daripada  tarikh
                                     penghantaran  Surat  Amaran  Terakhir  bagi  hari  tidak  hadir  berturut-turut  atau
                                     selepas dua puluh (20) hari ditandai (O) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut,
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72